Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Jebat ada, baba manusia paling bahagia atas muka bumi – Sharnaaz Ahmad


PETALING JAYA – “Selagi Jebat berada di sebelah, baba manusia paling bahagia di atas muka bumi.”

Demikian luahan pelakon Sharnaaz Ahmad menzahirkan rasa gembira melihat anak lelakinya, Jebat Jayden seronok sepanjang tempoh percutian mereka di Jepun baru-baru ini.

Teruja dengan kehadiran Jebat, dia juga berterima kasih terhadap anaknya kerana melakukan banyak aktiviti bersamanya sepanjang percutian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kepada anakku Jebat, terima kasih untuk percutian ini. Awak memiliki hati yang jiwa yang murni.

“Baba bersyukur memiliki anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat.

“Terima kasih menemani baba bermain banyak permainan dan memenangi pelbagai hadiah,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38 itu juga berkata, percutian yang turut disertai kekasih hatinya, Amelia Christie dan bekas isteri, Noor Nabila merupakan antara momen terbahagia dalam hidupnya.

Perkara paling indah dalam percutian tersebut bukannya lokasi tetapi kita dapat menghabiskan masa bersama.

“Saya lakukan semua ini hanya untuk awak,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran sama, dia turut memuat naik video memaparkan momen sedang menyiapkan rambut anaknya.

Minggu lalu, bintang filem Polis Evo 3 itu mencuri perhatian ramai apabila dilihat bercuti di Jepun bersama Jebat, Amelia dan Noor Nabila. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement