Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jejantas pejalan kaki SMK Pengkalan Permatang masih selamat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA SELANGOR: Semua pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika melalui jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di sini, yang didapati merekah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor menerusi kenyataan berkata, pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan awalan di lokasi yang berada di jalan persekutuan tersebut.

“Terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas itu ekoran hentaman kenderaan berat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Laluan jalan raya di situ masih selamat untuk digunakan namun pengguna perlu berwaspada ketika melalui bawah jejantas berkenaan,” katanya hari ini.

Jelas kenyataan itu, kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) di lokasi akan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pihak Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR turut sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Langkah susulan akan dibuat selepas menerima arahan lanjut dari pejabat berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat JKR Kuala Selangor di talian 03-32891040/1626.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh wanita yang cuba memasuki negara ini melalui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pemegang rekod baharu acara pecut 100 meter (m) kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi kini berada dalam...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BUAT pertama kali, kumpulan Aespa bertandang ke Jepun bagi menjayakan persembahan selama dua hari, Aespa Japan Premium Showcase...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications