Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Jenama LTdL ada reputasi hebat


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tetap mempertahankan jenama Le Tour de Langkawi (LTdL) daripada menukar nama perlumbaan berstatus ProSeries tersebut biarpun dibangkitkan dalam Parlimen.

Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, jenama LTdL telah bertapak lama dan sudah kukuh di pentas antarabangsa, sekali gus tiada keperluaan untuk penjenamaan semula perlumbaan jelajah berbasikal terunggul benua Asia itu.

Menurutnya, nama LTdL telah digunakan sejak kali pertama ia diperkenalkan pada 1996 dan akan terus dikekalkan dalam penganjuran seterusnya walaupun Pulau Langkawi tiada dalam laluan perlumbaan termasuk edisi kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau mahu tukar nama, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (Ke­tua Pengarah Majlis Sukan Negara) sudah jelaskan jenama LTdL sudah diguna pakai sejak 1996, tidak semestinya nama Langkawi kena buat di Langkawi, kita juga sudah ada Jelajah Malaysia.

“Saya tidak berapa setuju jika jenama ini ditukarkan. Ia sudah dikenali di seluruh dunia, semua pasukan luar kenal LTdL, kalau tukar nama kita akan bermula daripada kosong semula. Jadi isu tukar nama tidak akan timbul.

“PKBM akan sentiasa sokong jenama LTdL dikekalkan. Ada percakapan di Parlimen tentang pertukaran nama ini tetapi itu hanya untuk kepentingan politik. Jenama LTdL itu sudah kuat dan perlu dikekalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sama macam Le Tour de France (LTdF), kadang-kadang buat di lokasi lain, apa yang pen­ting adalah jenama jelajah itu. Jadi, ia sama dengan LTdL,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengenalan Penaja LTdL di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah mencadangkan di Parlimen agar LTdL ditukarkan nama kepada Le Tour de Malaysia atau Le Tour de Madani selepas Pulau Langkawi tidak berada dalam laluan perlumbaan edisi tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Tourism Malaysia turut menjadi penaja utama dan menaja jersi Raja Bukit LTdL 2023 yang akan bermula di Kerteh, Terengganu pada 23 September ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Shapawi berkata, kehadiran Tourism Malaysia dengan jenama Malaysia Truly Asia akan memeriahkan lagi perlumbaan selama lapan hari itu selain mempromosikan sektor pelancongan sukan negara.

“Tourism Malaysia bukan saja tampil dengan tajaan RM1 juta tetapi pelbagai program seperti persembahan tradisional di semua venue pelepasan, jemputan influencer luar negara serta promosi dalam dan luar negara bagi memastikan LTdL dianjurkan lebih sempurna.

“Jadi Tourism Malaysia diberikan penghormatan sebagai penaja kategori pendahulu ‘King Of The Mountain’ di mana wakil mereka akan menyarungkan jersi pemenang di setiap peringkat perlumbaan,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications