Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Jerit Komen Lucah Dekat Kerabat Diraja, Individu Dari Sarawak Mohon Maaf Secara Terbuka


Video tular apabila indiivdu menyebut perkataan lucah kepada salah seorang anakanda Agong di Sarawak

Jerit Komen Lucah Dekat Kerabat Diraja, Individu Dari Sarawak Mohon Maaf Secara Terbuka. Satu hantaran tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang individu menjerit perkataan tidak senonoh terhadap Kerabat Diraja.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu, individu tersebut menjerit perkataan yang tidak sepatutnya atau perkataan yang lucah kepada anakanda Agong, Tengku Hassanal semasa program ‘Kembara Kenali Borneo’ di Sarawak.

Individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial

Bagaimanapun, rakaman tersebut telah meraih perhatian ramai dan dianggap kurang ajar. Selepas itu, individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menerusi laman TikTok @Nida.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Permohonan maaf secara terbuka telah dibuat oleh anak serian yang buat live dan membuat kesilapan ketika kedatangan Agong ke Serian semalam,” tulis kapsyen di TikTok tersebut.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengecam tindakan ‘bodoh’ individu tersebut.

Terlanjur kata bukan mudah, netizen tidak puas hati sekadar permohonan maaf

Malah, ada yang mengatakan perbuatan individu berkenaan dianggap biadap dan tindakan tersebut bukanlah cara yang terbaik untuk viral.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, segelintir netizen mengatakan bahawa tidak cukup dengan permohonan maaf berbanding dengan penat lelah Tengku sepanjang kembara ini.

“Terlanjur kata bukan mudah, adab perlu ada dan bahasa haruslah ditapis,” ujar salah seorang pengguna di media sosial.

“Bukan setakat Agong je kita perlu beradab, namun kita perlu beradab dengan semua orang, tidak kira tua atau muda, budi bahasa budaya kita,” kata lagi seorang netizen di TikTok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Budi bahasa budaya kita, ikuti nasihat individu ini untuk mengetahui lebih lanjut bahasa Istana:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications