Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jiran sebelah lempar air kencing ke tingkap rumah


PETALING JAYA – Misteri bau hancing di tingkap rumah akhirnya terjawab apabila rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan jijik jiran sebelah rumah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik rumah dikenali, @snow_queenz_ di akaun TikToknya, dilihat tingkap rumahnya sentiasa basah dengan air yang tidak ketahui serta berbau hancing.

“Sebelum ini tidak tahu air apa yang selalu ada di tingkap ini. Tapi bau hancing. Mula-mula ingat air kencing kucing tapi tak logik sampai ke atas tu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lepas itu ingat jin atau syaitan melekat di situ. Siap tabur garam dan baca-baca sikit tetapi pelik masih ada.

“Sampai berkulat-kulat dinding dan sudah berbulan-bulan kami basuh. Tetapi ada balik. Mula rasa pelik, bau hancing kuat sampai tidak boleh duduk diam dalam bilik,” tulisnya di dalam video itu.

Tambahnya, bau itu akan muncul setiap kali keluarganya tiada di rumah membuatkan dirinya bertekad untuk memasang CCTV bagi mendapatkan jawapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paling mengejutkan, di dalam rakaman itu dilihat jiran sebelah rumahnya melemparkan air kencing ke tingkap rumahnya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 2.4 juta tontonan, 90,300 tontonan dan 3,054 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berkongsi pengalaman yang sama dan turut menasihati agar pemilik rumah melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rupanya memang benar ada jiran yang macam ini.. apa masalah sampai tahap macam itu kelakuannya. Semoga Tuhan jauhkan kita dari orang-orang yang dengki,” komen Hasmara.

“Isu macam ini memang kerap berlaku. Saya pun pernah kena macam ini. Tetapi dia buang sampah dan punting rokok. Malas nak bergaduh, saya terus naik batu sampai atas,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications