Hi, what are you looking for?

Sukan

Joan Mir enggan ambil risiko di Aragon


ARAGON – Juara dunia MotoGP 2020, Joan Mir enggan mengambil risiko mengenai kecederaannya sekali gus bertindak menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon semalam dan juga GP Jepun pada 25 September nanti.

Keputusan itu dibuat susulan pelumba Suzuki itu patah pergelangan kaki kanannya ketika terlibat dalam kemalangan di GP Austria (Ogos) sekali gus diarahkan untuk berehat selama 15 hari.

Meskipun pelumba Sepanyol itu mendapat lampu hijau untuk bersaing di Aragon semalam, namun Mir mengakui kesakitan pada buku lali kaki kanannya bertambah teruk meskipun berjaya menamatkan sesi latihan ketiga di tempat ke-18.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas Mir, dia terpaksa membuat keputusan itu selepas bergelut untuk mengawal brek belakang ekoran kecederaan tersebut.

“Saya tidak boleh menunggang dengan baik, kaki saya bergetar dan itu membuatkan saya sentiasa menyentuh brek. Masalah tersebut dilihat menerusi data perlumbaan.

“Saya tidak dapat mengawal brek lebih baik dan lebih teruk masalah itu timbul di bahagian kecederaan yang saya alami sewaktu di Austria,” kata Mir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan yang diambil Mir tepat kerana musim depan dia mempunyai misi lebih besar selepas mengikat kontrak dua tahun bersama pasukan Repsol Honda.

Pada tahun ini, Mir berada di kedudukan ke-13 keseluruhan dan hanya menamatkan tiga perlumbaan sejak menduduki tempat keempat di Austin, April lalu. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications