Hi, what are you looking for?

Mamak News

Johnson & Johnson hentikan jualan bedak bayi talkum


NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson (J&J) akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global, tahun depan.

Syarikat itu membuat pengumuman selepas lebih dua tahun menamatkan penjualan produk itu di Amerika Syarikat (AS) yang mengundang ribuan saman berhubung keselamatan pengguna.

“Sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio di seluruh dunia, kami membuat keputusan komersil untuk beralih kepada pengeluaran bedak bayi berasaskan tepung jagung,” kata kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak syarikat memaklumkan bedak bayi berasaskan tepung jagung sudah dijual di seluruh dunia.

Dua tahun lalu, J&J mengumumkan akan menghentikan penjualan bedak bayi talkum di AS dan Kanada kerana permintaan merosot susulan tersebar ‘maklumat salah mengenai keselamatan produk ketika menerima banyak tuntutan saman’.

Syarikat itu berdepan kira-kira 38,000 tindakan saman daripada pengguna dengan mereka yang terselamat mendakwa produk talkumnya menyebabkan barah akibat pencemaran dengan asbestos, sejenis karsinogen yang diketahui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

J&J bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit kerana ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad menunjukkan talkumnya selamat dan bebas asbestos.-BBC


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement