Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Johor Tigris idam gelaran juara STL


AKSI pertama menentang Sela­ngor Pistons di Stadium Titi­wangsa, Kuala Lumpur hari ini dijangka memberi gambaran awal terhadap kemampuan Johor ­Tigris untuk menjuarai Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.

Meskipun berdepan pelbagai kesukaran ketika melakukan persiapan, namun Johor Tigris enggan meletakkan tekanan kepada diri sendiri, sebaliknya bertekad untuk menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

Apit kanan Johor Tigris, Mohd. Muqlis Borhan berkata, pemain import dari Thailand yang akan beraksi di posisi tekong berkemungkinan besar hanya dapat diturunkan pada minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 23 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami baru saja melakukan persiapan dan kalau ikutkan, memang tempoh yang ada tidak mencukupi memandangkan keadaan banjir dan ketiadaan dewan untuk berlatih.

“Pasukan kami akan diperkuatkan dua tekong baharu musim ini, tetapi perlu mendapatkan lebih masa untuk mencari keserasian. Kami tidak pernah bermain sekali, malah latihan juga boleh dikatakan belum cukup lagi.

“Saya tidak mahu menganggapnya sebagai kekangan kerana kami akan tetap berikan sehabis baik untuk perlawanan pertama menentang Selangor. Misi kami tetap sama iaitu mahu muncul juara musim ini,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Stadium Titiwangsa menjadi tuan rumah untuk lima minggu saingan diikuti Kompleks Sukan Panji di Kota Bharu, Kelantan (minggu keenam); Spice Arena di Bayan Baru, Pulau Pinang (­minggu ketujuh) dan Stadium Indera Mulia di Ipoh, Perak (­minggu kelapan).

Satu lagi venue menyaksikan Iskandar Malaysia Studio di Johor akan digunakan untuk aksi Piala Juara-Juara (Champions Cup) yang dijadualkan dari 20 hingga 26 Mac depan.



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement