Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Jokowi kemuka empat cadangan tamatkan perang Palestin-Israel


JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza iaitu gencatan senjata segera, mempercepat bantuan kemanusiaan, mempertanggungjawabkan Israel ke atas kekejaman yang dilakukan dan menyokong penyelesaian dua negara dengan menyambung semula rundingan damai.

Bercakap pada sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai pencerobohan Israel di Palestin di Riyadh, pada Sabtu, presiden yang juga dikenali sebagai Jokowi itu menekankan mengenai kepentingan gencatan senjata.

“Tanpa gencatan senjata, keadaan tidak akan reda. Israel menggunakan naratif ‘mempertahankan diri’ dan terus melakukan pembunuhan terhadap penduduk awam. Ini satu bentuk hukuman kolektif. Kita semua mesti mencari jalan agar Israel segera melaksanakan gencatan senjata,” kata beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memandangkan situasi kemanusiaan yang kian meruncing di Gaza, Jokowi menggesa mempercepat bantuan kemanusiaan dan mencadangkan agar OIC membentuk mekanisme bantuan yang lebih mudah dan mampan.

“Sebagai contoh, Hospital Indonesia di utara Gaza yang terus menjadi sasaran serangan Israel kini kehabisan bahan api sejak semalam. Indonesia minta semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Beliau turut menggesa OIC menggunakan apa jua cara untuk mempertanggungjawabkan Israel ke atas kezaliman yang dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai contoh, beliau menyeru Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu diberikan akses untuk melaksanakan mandatnya dan terus menyokong proses pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Jokowi turut menekankan mengenai keperluan mendesak untuk meneruskan semula rundingan damai penyelesaian dua negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya mekanisme sedia ada terbukti gagal membuahkan hasil, beliau menggalakkan OIC mengadakan proses rundingan baharu dan Indonesia bersedia untuk menyumbang.

Beliau juga menyeru OIC untuk bersatu dan memainkan peranan penting untuk menyelesaikan krisis di Palestin dan menghasilkan tindakan konkrit bagi menoktahkan segera kekejaman Israel di Gaza.

“OIC mesti bersatu, mesti berada di barisan depan dengan menggunakan semua cara, semua pengaruh, dan semua usaha diplomatik untuk memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan untuk Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jokowi mahu pemimpin OIC menyampaikan ketetapan sidang itu kepada Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada pertemuan sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di San Francisco.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications