Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Jokowi teliti cadangan lanjut umur persaraan Panglima TNI


JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan cadangan untuk melanjutkan umur persaraan bagi Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih dalam perbincangan.

Katanya, banyak perkara yang perlu diteliti sebelum perkara itu dilaksanakan.

“Kita akan tengok beberapa perkara berkaitan untuk melihat sama ada cadangan itu (melanjutkan usia persaraan) boleh dilaksanakan atau tidak,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, Jokowi tidak menyatakan sama ada cadangan itu akan dilaksanakan menjelang tempoh persaraan Panglima TNI ketika ini, Laksamana Yudo Margono.

Cadangan melanjutkan had umur persaraan Panglima TNI muncul menjelang tamat tempoh perkhidmatan Yudo Margono pada hujung tahun ini.

Selain itu, sejumlah pegawai Tentera Laut TNI juga mencabar had usia persaraan di Mahkamah Perlembagaan (MK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka meminta supaya mahkamah menukar had umur persaraan pegawai tinggi TNI daripada 58 kepada 60 tahun.

Dalam pada itu, hal berkenaan turut mendapat perhatian anggota dewan Parlimen Indonesia.

Ketua Suruhanjaya Perlimen, Meutya Hafid menyatakan pihaknya menunggu keputusan lanjut daripada kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya, perkara itu sudah dinyatakan dalam Parlimen dan kita akan tunggu apa keputusan kerajaan, jangan terburu-buru,” ujarnya.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications