Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Jonathan, Kura-Kura Tertua Dunia Bakal Sambut “Birthday” Yang Ke-190 Tahun


Jonathan, Kura-Kura Tertua Dunia Bakal Sambut “Birthday” Yang Ke-190 Tahun

Kura-kura gergasi dari Seychelles bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 190 tahun pada tahun ini dan menjadikannya kura-kura tertua yang pernah direkodkan di dunia, lapor The Guardian.

Kura-kura yang diberi nama sebagai Jonathan tinggal di Saint Helena sejak 1882. Dia tiba ke pulau kecil selatan Atlantik itu sebagai hadiah daripada seorang gabenor untuk pulau Saint Helena.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Haiwan itu juga telah mendapat anugerah daripada Rekod Dunia Guiness kerana telah menajadi haiwan darat tertua yang diketahui setakat ini.

| KampungmamakcomKredit PA

Sebelum ini, pada tahun 1991 Jonathan telah diberikan pasangan untuk menjadi peneman disampingnya. Namun setelah 26 tahun berlalu dan masih tidak mendapatkan zuriat, pemeriksaan telah dilakukan dan ternyata pasangan Jonathan yang bernama Frederica merupakan seekor kura-kura jantan juga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Jonathan juga merupakan selebriti di pulau itu serta menjadi tarikan dan ditampilkan di belakang syiling lima pence tempatan.

Kini kulit Jonathan telah berkedut, matanya juga kini sudah buta dan diselaputi katarak. Selain itu, dia juga sudah kehilangan deria bau. Walaupun tarikh lahir rasminya tidak diketahui, anggaran telah dibuat berdasarkan waktu dia menetas sekitar tahun 1832 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Bermula November tahun ini haiwan itu pada akhirnya diberikan hari lahir rasmi setelah diserahkan oleh Gabenor luar British, Nigel Philips pada 4 Disember 1832 dahulu.

| KampungmamakcomKredit PA

“Umur Jonathan adalah anggaran berdasarkan fakta bahawa dia telah matang sepenuhnya dan sekurang-kurangnya dia berusia 50 tahun sewaktu tiba di Saint Helena dari Seychelles pada tahun 1882. Kemungkinan besar dia juga lebih tua daripada apa yang kami fikir,” tulis Rekod Dunia Guiness.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pesta ulang tahun selama tiga hari bakal mengumpulkan penduduk dari seluruh pulau itu dan akan bermula di rumah gabenor pada hari Jumaat dengan membawa “kek hari jadi” yang boleh dimakan oleh kura-kura.

Haiwan itu juga akan menikmati makanan ringan dan berbual dengan gabenor dan isterinya. Sementara mereka yang menghadiri perayaan itu akan menerima sijil khas, boleh membeli setem berkaitan Jonathan.

Selain itu pengunjung juga berpeluang melihat pemenang bagi pertandingan melukis yang diadakan bagi meraikan haiwan reptilia  yang terkenal itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Guardian

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang...

Sukan

0 PETALING JAYA – Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

0 LEVERKUSEN – Pengarah Bayer Leverkusen, Simon Rolfes memberikan jaminan pengendali pa­sukan itu, Xabi Alonso akan terus kekal bersama kelab berkenaan menghadapi saingan musim...

Advertisement