Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

‘Jonghyun dah lama minat sertai TNB’


PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin mendedahkan, bintang Korea Selatan, Jang Jonghyun sebenarnya sudah lama menyatakan minatnya untuk menyertai gergasi hoki tanah air itu.

Legenda hoki kebangsaan itu menjelaskan, kehadiran Jonghyun bukan sahaja untuk memastikan TNB memenuhi sasaran dengan menjulang kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 yang akan bermula 1 Februari hingga 9 Mac depan.

Sebaliknya, salah seorang pakar flik terbaik dunia itu mampu membantu TNB dari segi pembangunan terutamanya program-program Thunderbolts meskipun dia kini sudah berusia 40 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jang (Jonghyun) sebenarnya dalam lama berminat nak main dengan TNB. Tahun lepas pun dia pernah ada approach kita.

“Kita ambil kerana kita boleh gunakan kepakaran dan pengalamannya dari segi flik serta rahsia-rahsianya dari sudut pertahanan bila masa perlu untuk pembangunan hoki kita. Bukannya dia datang ke sini untuk relaks.

| Kampungmamakcom
JONGHYUN tengah bergambar bersama dua lagi bintang TNB iaitu kapten skuad hoki kebangsaan Muhammad Marhan Mohd Jalil kiri dan Shello Silverius FOTO IHSAN HOKITA

“Kiranya misi dua dalam satu sebab Jang memiliki banyak keistimewaan yang boleh membantu kita. Setakat ini saya nampak dia seorang yang tak rumit dalam beberapa sesi latihan dan saya harap semua pemain dapat cepat serasi,” katanya.

Jong-hyun bukan asing lagi buat para peminat hoki tanah air kerana dia sentiasa menjadi nama tetap dalam skuad Pasukan Hoki Terengganu (THT) setiap kali kuota import dibenarkan beraksi dalam MHL.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kosmo! semalam mendedahkan, ini adalah kali pertama TNB melanggar ‘tradisi’ dengan menggunakan pemain import apabila mengikat khidmat Jonghyun kerana selama ini mereka mempertaruhkan 100 peratus anak tempatan.

Ia secara tidak langsung meletakkan TNB sebagai calon pilihan untuk me­rampas kejuaraan liga dan Piala TNB yang dimenangi THT musim lalu.

Apa tidaknya, TNB kini memiliki dua ‘mesin peledak’ melalui Jonghyun menerusi 29 gol ketika mewakili THT musim lalu dan penyerang skuad hoki kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang muncul penjaring terbanyak MHL 2023 dengan 40 gol. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement