Hi, what are you looking for?

Travel

Jonker Walk sepi tanpa pelancong


Jonker Walk bukan nama asing dalam industri pelancongan di Melaka.

Industri pelancongan di Jonker Walk, Melaka didapati sepi dan suram sehubungan 95 peratus premis yang beroperasi di kawasan ini terpaksa ‘gulung tikar’ ekoran pelaksanaan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 1 Jun lalu.

Sumber gambar: TigaLalat

Penutupan sektor pelancongan menyebabkan pemilik dan penyewa premis terjejas teruk akibat hilang punca pendapatan.

Antara premis yang terjejas termasuk kedai serbaneka 24 jam, farmasi ternama, restoran, hotel, inap desa dan peniaga gerai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut terkesan ialah penarik beca yang membawa pelancong bersiar di sekitar Jonker Walk dan sekitar Bandar Hilir.

Kebanyakan premis pula mempamerkan kain rentang dan papan iklan untuk dijual atau disewa.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street, Datuk Gan Tian Lo, sejak penutupan sektor pelancongan, peniaga di kawasan terbabit mengalami kerugian dipercayai mencecah jutaan ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, daripada lebih 100 premis yang wujud di kawasan terbabit, hanya 20 premis yang masih beroperasi dalam keadaan hidup segan mati tak mahu.

“Jonker Walk ini merupakan kawasan tumpuan wajib pelancong yang mana ianya juga memberi hasil cukai yang tinggi kepada kerajaan negeri, (penutupan) ini akan memberi impak besar kepada pelancongan negeri.

“Penarik beca sudah hampir enam bulan tidak bekerja dan bantuan untuk mereka tidak mencukupi,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menambah, usaha dijalankan untuk menghidupkan Jonker Walk termasuk melakukan promosi secara dalam talian, namun kurang berhasil.

Menurut Tian Loo lagi, perjumpaan bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Jonker Walk dan beberapa pengusaha kedai di kawasan itu bagi membantu untuk menyelesaikan masalah dihadapi telah diadakan.

Dalam pertemuan itu ujarnya, mereka mengadu harga sewaan yang tinggi menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan operasi.

Sumber gambar: TigaLalat

Berikutan itu, beliau memohon kerajaan mengurangkan kadar cukai taksiran kepada pemilik bangunan bagi membolehkan mereka mengurangkan bebanan ditanggung.

Meskipun ada beberapa pemilik premis yang mengurangkan kadar sewaan sehingga 30 peratus katanya, ia belum memadai untuk penyewa meneruskan perniagaan masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya menyeru kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Melaka untuk memberi bantuan kepada pemilik kedai dan juga penjaja di kawasan Jonker Walk termasuk penarik beca,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications