Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Joshua akui masih dalam senarai petinju terbaik


LONDON – Meskipun berdepan beberapa siri kekalahan, Anthony Joshua masih meletakkan dirinya sebagai petinju terbaik dunia menje­lang penampilannya semula ke gelanggang pada minggu depan.

Petinju Britain berusia 33 tahun itu sah akan kembali ber­aksi apabila akan membuat pertarungan berdepan Jermaine Franklin dari Amerika Syarikat (AS) di Arena 02 London awal bulan depan.

Joshua ketika ini melakukan persiapan terbaik terutama memburu kemenangan pertamanya sejak tahun 2020 selepas kekalahan berturut-turut di tangan Oleksandr Usyk sekali gus gagal untuk mendapatkan semula beberapa gelaran heavy­weight dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun Joshua tidak lagi berada dalam kedudukan tiga teratas ranking WBA, WBO, WBC atau IBF, tetapi keyakinannya tetap utuh kerana mengakui dia berada sebaris bersama petinju heavyweight terbaik ketika ini.

“Usyk, Tyson Fury dan saya sendiri yang berada dalam senarai petinju terbaik ketika ini. Saya menilai kedudukan ranking. Saya berada dalam 10 terbaik untuk berapa lama? Kira-kira lapan tahun saya berada dalam kedudukan 10 teratas.

“Ia juga berkaitan de­ngan siapa yang anda temui. Kedudukan ranking adalah penting, tetapi anda juga perlu bertarung dengan nama-nama besar,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Joe Joyce dan Daniel Dubois dari Britain mendahului Joshua dalam kedua-dua ranking WBO dan WBA. Ini bermakna, salah seorang daripada mereka layak untuk menentang Usyk. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement