Hi, what are you looking for?

Mamak News

JPN Sahkan Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Kekal Nama Terpanjang Di Malaysia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra Mohd. Suffian masih menjadi pemilik nama terpanjang di Malaysia buat masa ini.

Pada dua hari lalu, media sosial termasuk Facebook telah dikecohkan mengenai satu hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun bernama “Mohd Sholihin” yang berkongsi nama anak perempuannya yang juga unik dan panjang.

Menurut perkongsian yang dibuat, nama yang dikongsi itu adalah Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta Mohd. Sholihin. Nama unik itu sempat ditularkan beberapa laman Facebook sejak semalam dan hari ini sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Mohd Sholihin telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dan menafikan bahawa dirinya telah mendaftarkan nama itu bagi anak perempuannya.

Menurutnya, paparan nama yang dikongsinya itu sebenarnya telah disunting dan ia hanya dibuat secara suka-suka sahaja. Nama sebenar anaknya yang telah didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin.

“Nur Shafia Aaliya Mohd. Sholihin nama sebenar, yang panjang-panjang tu edit suka-suka sahaja, jangan marah ya,” kata Mohd. Sholihin.

Mengikut rekod JPN, antara nama terpanjang lain dimiliki Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman semua, JPN meletakkan syarat bahawa nama bayi yang ingin didaftarkan hendaklah tidak melebihi 80 aksara (huruf).

Nama paling pendek di Malaysia pula kekal milik seorang pelukis pelan, S Binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

Sumber: Kosmo! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications