Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

JPV rampas 199,605kg karkas babi dari Brazil, Russia


PUTRAJAYA – Sebanyak 199,605 kilogram (kg) karkas babi yang diimport dari Brazil dan Russia dirampas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4.3 juta.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berkata, pihaknya melaksanakan tindakan penguatkuasaan hasil risikan ke atas maklumat awam berhubung kemasukan bahan itu dari negara tersebut yang tidak disenaraikan di Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953.

Katanya, operasi penguatkuasaan dijalankan dua peringkat pada Mei, Jun dan November lalu di lokasi yang dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hasil operasi, kita merampas karkas babi yang diimport dari Brazil dan Russia dan karkas babi yang tidak berlabel di 11 lokasi iaitu tujuh di Selangor dan Johor (empat).

“Jumlah keseluruhan rampasan adalah 199,605 kg, kontena (lima), mesin pengikat tali kotak (satu) dan gelung tali pengikat (59). Nilai keseluruhan rampasan RM4.3 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, kesemua karkas babi yang dirampas dilupuskan setelah permohonan perintah pelupusan di bawah Subseksyen 68(3), Akta Binatang 1953.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sembilan kes di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953 berkaitan karkas babi dari Brazil dan Russia yang tidak disenaraikan sebagai negara yang dibenarkan import.

“Dua kes di bawah Subkaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953 kerana memiliki karkas babi yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan berdasarkan tiada apa-apa tanda lagenda pada karkas,” ujarnya.

Tambahnya, JPV mengambil serius berhubung perkara itu kerana ia memberi kesan dalam aspek kawalan penyakit berpunca daripada ternakan terutama penyakit African Swine Fever (ASF) yang boleh menjejaskan industri penternakan babi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegasnya, tindakan akan diambil terhadap pengimport, penyimpan dan penjualan karkas babi bagi memastikan pengimportan bahan itu adalah dari negara yang dibenarkan di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

JPV berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan turut menjalin hubungan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta pihak berkuasa tempatan.

“Tindakan bersepadu akan melibatkan pemeriksaan premis penyimpanan produk sejuk beku, pemprosesan makanan berasaskan babi, penjualan karkas babi dan restoran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications