Hi, what are you looking for?

Mamak News

JPV sahkan Demam Babi Afrika di 16 ladang di Melaka


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka

Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata, bagi mengawal dan mencegah penularan penyakit ASF, pihaknya menguatkuasakan stamping out policy menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif ASF. 

“Pemusnahan babi menggunakan kaedah gas karbon dioksida (berkepekatan tinggi)  berasaskan garispanduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan – Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga semalam, sejumlah 1864 ekor ternakan babi daripada ladang yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang telah berjaya dimusnahkan.

Tambah Dr. Norlizan, aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang ternakan babi di kawasan tersebut terus aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan penyakit ASF di semua 35 ladang babi di kawasan tersebut. 

“Aktiviti pemantauan dan pemeriksaan juga di aktifkan melibatkan semua ladang-ladang penternakan babi di seluruh negara. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan mesin permainan kaut atau ‘claw machine‘ haram digunakan dalam agama Islam. Perkara...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CAIRO – Keputusan pengendali Mesir, Rui Vitoria untuk melepaskan Mohamed Salah lebih awal daripada kem latihan kebangsaan jelas...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan sendiri....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Tanah seluas 6.47 hektar yang sepatutnya menjadi lasi pembinaan sekolah bertukar wajah apabila menjadi lasi pembuangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications