Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jualan syarikat francais mampu cecah RM15b tahun ini


PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin mampu mencapai RM15 bilion dalam peningkatan nilai jualan syarikat francais bagi tahun ini susulan inisiatif dilaksanakan untuk menyokong daya saing sektor itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya sangat optimis perniagaan francais akan terus berkembang pesat memandangkan kini sebanyak 1,137 syarikat francais telah didaftarkan di KPDNHEP.

Katanya sebanyak 36 peratus daripada 1,137 syarikat adalah dalam segmen makanan dan minuman manakala sejumlah 68 syarikat francais tempatan pula telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa yang kini berada di 70 buah negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Usaha keras kementerian untuk membangunkan industri francais dapat dilihat daripada statistik Laporan Tahunan Perniagaan Francais (LTPF) yang wajib dikemukakan oleh syarikat pada setiap tahun.

“Berdasarkan LTPF 2020, nilai jualan syarikat francais meningkat kepada RM14.6 bilion berbanding RM13.3 bilion yang dicatatkan pada tahun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 9.7 peratus dan ia dijangka meningkat sehingga RM15 bilion tahun ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Francais NY Steak Shack (NYSS) di IOI City Mall di sini hari ini.

Rosol berkata, bagi inisiatif kementerian menerusi Program Francais Mikro dan Mampu Milik yang menetapkan modal permulaan bawah RM100,000 berjaya menarik lebih ramai rakyat merebut peluang untuk berniaga. – KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement