Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Juan Torres Garrido ketua jurulatih baharu skuad B-20 negara


PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab hakiki selaku pengendali pasukan B-23 negara.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, Garrido menjadi ketua jurulatih baharu skuad B-20 bagi mengharungi dua kejohanan penting tahun ini.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM meluluskan bahawa Juan Torres akan mengendalikan skuad B-20 sebagai ketua jurulatih. Juan Torres kini turut memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad B-23.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Juan Torres Garrido mengendalikan skuad B-20 yang akan menghadapi Kejohanan AFF B-20 pada Jun dan Kelayakan Piala Asia B-20 pada September,” kata pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Sebagai rekod, Garrido telah dipilih sebagai pengendali skuad B-23 pada Oktober lalu bagi menggantikan posisi E. Elavarasan yang melepaskan jawatan untuk fokus selaku penolong ketua jurulatih Harimau Malaya.

Namun, Garrido bakal memberi fokus pada skuad B-23 dahulu bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Doha, Qatar, April depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada kejohanan berprestij peringkat belia itu, skuad muda Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement