Hi, what are you looking for?

Sukan

Juara bertahan diambang penyingkiran, bekas pemain JDT bantu Sierra Leone


Pemain-pemain Algeria kelihatan kecewa selepas tewas kepada Equatorial Guinea. Foto: Getty Images

Oleh: JJFIRDAUS

JARINGAN  Esteban Obiang 20 minit sebelum tamat menyaksikan Equatorial Guinea melakukan antara kejutan terbesar di Kejohanan Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menewaskan juara bertahan, Algeria 1-0.

Keputusan memeranjatkan itu menyaksikan Algeria kini di tangga terbawah Kumpulan E dan memerlukan kemenangan ketika bertemu Ivory Coast jika ingin layak ke pusingan seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Equatorial Guinea, negara dengan 1.4 juta penduduk itu menamatkan rekod tanpa kalah 35 perlawanan Algeria di peringkat antarabangsa selepas kali terakhir tewas pada bulan Oktober 2018.

Algeria akan menentang pendahulu kumpulan Ivory Coast yang kehilangan tiga mata akibat kesilapan pertahanan dan penjaga gol untuk sekadar seri 2-2 menentang Sierra Leone.

Bekas penyerang JDT, Alhaji Kamara mengambil kesempatan kesilapan itu untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan sekaligus membuka peluang buat Sierra Leone layak ke peringkat 16 terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pemain-pemain Sierra Leone meraikan keputusan seri  ke atas Ivory Coast. 

Perlawanan terakhir kumpulan pada Khamis nanti bakal menjadi penentu dengan Ivory Coast berdepan Algeria manakala Sierra Leone bertemu Equatorial Guinea.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan F pula, dua gol masing-masing oleh Hamza Mathlouthi dan Wahbi Khazri seawal sembilan minit permainan memberikan Tunisia kemenangan selesa 4-0 ke atas Mauritania.

Kemenangan ini sekaligus memberikan nafas baru dan tiga mata pertama kepada Tunisia selepas tewas kepada Mali dalam perlawanan pembukaan yang dicemari aksi pelik pengadil perlawanan.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F, dua penalti yang memerlukan video bantuan pengadil (VAR) pada lewat perlawanan menyaksikan pendatang baharu, Gambia mengikat Mali 1-1 sekaligus kedua-dua pasukan berkongsi tempat teratas dengan empat mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan ini menyaksikan kedudukan Kumpulan F kini terbuka dengan perlawanan terakhir kumpulan antara Gambia dan Tunisia serta Mali dan Mauritania bakal menjadi penentu siapa bakal layak ke peringkat seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. ‘Panda Walker‘ Sebak Dapat Basikal Sebagai Hadiah Seorang Panda Walker...

Mamak News

0 NEW YORK, 31 Jan (Bernama) — Dunia sukan berdukacita dengan pemergian juara ski Amerika Syarikat (AS), Kyle Smaine yang terbunuh dalam insiden runtuhan...

Mamak News

78s Jadi Tuan Rumah, Arab Saudi Dilapor Bina Resort Ski Di Padang Pasir Arab Saudi dilapor akan membina sebuah pusat sukan musim sejuk terkemuka...

Mamak News

81s “Artis Pun Orang Biasa Juga,” Sabri Yunus Akui Minat Bundle Dari Tahun 1970-an Dalam hidup ini, manusia sentiasa mempunyai pilihan dalam setiap urusan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications