Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato.
Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato ini sudah menjadi salah satu permainan trending di kalangan kanak-kanak malah golongan dewasa pada masa kini. Oleh kerana terlalu popular, banyak juga pihak-pihak di luar sana yang mengadakan pertandingan permainan Lato-Lato ini.
Baru-baru ini di Indonesia, seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun telah mendapat hadiah unik daripada bermain Lato-Lato ini.

Dihadiahkan seekor kambing
Walaupun kedengaran kelakar, tetapi Chesta Khadafi dari Sedati ini telah dihadiahkan seekor kambing selepas dinobatkan juara kerana telah bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti di pentas final Pertandingan Lato-Lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur Indonesia.
Pertandingan yang diadakan di Desa Siwalanpanji itu dimeriahkan dengan 300 penyertaan peserta berusia dari 6 tahun hingga 16 tahun.
Penganjur pertandingan tersebut, Muhammad Subeki dilaporkan tidak membenarkan peserta untuk membawa lato-lato sendiri sebaliknya mereka perlu mengguna lato-lato yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Menurut Subeki, pada pusingan penyingkiran, para peserta perlu bermain lato-lato selama 10 minit sebelum layak ke pusingan separuh akhir.

Pusingan separuh akhir perlu main Lato-Lato sambil duduk, mencangkung dan berjalan mengundur
Pada pusingan separuh akhir pula, peserta perlu bermain lato-lato sambil duduk, mencangkung serta berjalan secara mengundur. Manakala pada pusingan akhir pula, juara akan ditentukan melalui siapa yang paling lama bertahan bermain lato-lato tanpa henti.
Juara Lato-Lato, Chesta Khadafi berkata, dia telah melakukan persiapan dan latihan selama seminggu sebelum pertandingan namun tidak menyasarkan untuk mendapat tempat pertama.
Walaupun meletihkan kerana perlu bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti, tetapi Chesta bersyukur dan berkata hadiah kambing yang dierolehinya adalah worth it! Kambing yang dimenanginya itu juga dikatakan akan dihadiahkan kepada orang tuanya.
Lagi cerita menarik buat anda di sini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
