JUARA Piala FA 14 kali, Arsenal tersingkir dalam saingan selepas tewas 0-1 pada aksi pusingan ketiga menentang Nottingham Forest, awal pagi tadi.
Ketika Tottenham dan Liverpool terselamat daripada ancaman pasukan liga bawahan untuk meneruskan kemaraan nasib berbeza kini menghantui pengendalinya, Mikel Arteta.
Namun skuad kendalian Mikel Arteta, Arsenal berdepan kesukaran menentang Forest di City Ground dan perlu membayar harga yang mahal selepas persembahan di bawah kemampuan sebenar sebelum tewas 1-0 hasil jaringan pada minit ke-83 menerusi Lewis Grabban menyempurnakan hantaran lintang Ryan Yates .
“Saya tidak mahu menggunakan alasan, saya menjangkakan permainan lebih baik dan apabila ia tidak berlaku dalam saingan merebut piala, anda akan tersingkir.
“Hari ini menunjukkan kami tidak berupaya menang menentang Forest di tempat lawan dan tidak bermain pada tahap untuk menang perlawanan,
“Ia isu membabitkan pasukan dan hari ini kami tidak melakukannya” tegasnya kepada ITV.
