Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Jumlah korban di Gaza cecah 11,500 orang


GAZA: Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 11,500 orang termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita, menurut pejabat media kerajaan di Gaza semalam.

“Jumlah kematian membabitkan kakitangan perubatan pula kini mencecah 200,” kata Agensi Anadolu yang memetik kenyataan pejabat terbabit menerusi hantaran Telegram.

Sementara itu, 22 anggota pertahanan awam dan 51 wartawan turut terbunuh, manakala bilangan mangsa yang cedera mencecah 29,800 dengan kira-kira 70 peratus daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 95 bangunan kerajaan, 255 sekolah dan 74 masjid musnah manakala 162 mengalami kerosakan, termasuk tiga gereja, menurut kenyataan itu.

Tentera Israel turut mensasarkan 52 pusat kesihatan dan 55 ambulans, sementara 25 hospital tidak lagi berfungsi.

“Tentera Israel menyerang ramai pesakit dan mereka yang hilang tempat tinggal, serta beberapa kakitangan perubatan dan jururawat di dalam Kompleks Perubatan Al-Shifa, memaksa mereka menanggalkan pakaian dan menghina mereka,” menurut kenyataan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tentera Israel menyerbu Kompleks Perubatan Al-Shifa semalam selepas pusat perubatan itu dikepung selama beberapa hari.

Pejabat kerajaan menyalahkan `Israel dan masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat (AS), yang bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah perang terancang yang dilakukan oleh tentera penjajah terhadap hospital’ dan menyeru `pembukaan lintasan Rafah dan kemasukan bantuan dengan kadar segera’.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications