Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jumlah mangsa banjir menurun, 19 daripada 23 PPS ditutup di Melaka


MELAKA: Setakat pukul 12 tengah hari semalam, jumlah mangsa banjir di Melaka terus turun kepada 406 orang berbanding angka yang dicatatkan kelmarin iaitu seramai 451 orang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, trend berkenaan terus menunjukkan pemulihan yang positif apabila secara keseluruhan sebanyak 19 daripada 23 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup di tiga daerah di negeri ini.

Katanya, hanya empat PPS masih beroperasi yang menempatkan empat mangsa di Alor Gajah dan baki 402 mangsa terdiri daripada 109 keluarga di Jasin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk daerah Alor Gajah hanya ada satu PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam yang menempatkan sebuah keluarga di situ.

“Mangsa paling ramai adalah di Jasin. Kesemua mereka ditempatkan di SK Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, antara kawasan yang masih digenangi bah adalah Kampung (Kg.) Belimbing Dalam, Kg. Parit Penghulu Benteng, Kg. Lanchang, Kg. Tersusun Rambai Jaya dan Kg. Parit Putat Benteng.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications