Hi, what are you looking for?

Sukan

Jun Hao mahu genggam pingat emas Sukma


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan lelaki Wilayah Persekutuan, Leong Jun Hao tekad untuk membuktikan kemampuan sebagai pemain kebangsaan dengan merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022 pada perlawanan akhir esok.

Dia yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan memastikan tempat ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan wakil Kedah, Jacky Kok Jing Hong menerusi kemenangan tiga set 16-21, 21-12, 21-12 pada aksi separuh akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Bekas juara remaja Asia itu mahu menebus kekecewaan yang dialami pada Sukma Perak 2018 apabila tersingkir di peringkat suku akhir meskipun dia diletakkan sandaran untuk memenangi pingat buat Wilayah Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kali ini saya harap boleh bantu Wilayah Persekutuan untuk meraih emas. Saya percaya setiap pemain mempunyai peluang untuk menang, terutamanya jika menampilkan aksi terbaik di dalam gelanggang.

“Pada 2018, saya rasa badan tidak selesa selepas acara berpasukan dan ia menyebabkan saya hilang tumpuan. Keadaan itu membuatkan saya tidak dapat beraksi dengan baik, sekali gus tewas pada suku akhir.

“Justeru, kali ini saya akan cuba lakukan persiapan terbaik bagi menghadapi aksi final esok dan harap dapat catat keputusan terbaik,” katanya yang dijadualkan berdepan pilihan utama dari Johor, Ng Tze Yong pada perlawanan akhir esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tze Yong melangkah ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan pemain Selangor, Aidil Sholeh Ali Sadikin menerusi aksi straight set 21-14, 21-15.

Sementara itu, dalam acara perseorangan wanita, pemain Selangor, Siti Nurshuhaini Azman dijadualkan berdepan bekas rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, K. Letshanaa yang mewakili Johor pada perlawanan akhir nanti.

Nurshuhaini memastikan tempat ke pentas final selepas menewaskan pemain Wilayah Persekutuan, Amanda Yap 15-21, 21-11, 21-13, manakala Letshanaa menang 22-20, 21-17 ke atas wakil Pulau Pinang, Tan Zhing Yi.-KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEGAMAT – Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Dua Paip Gas Bawah Laut Rusia Bocor, Disyaki Ada Unsur Sabotaj Dua saluran paip gas Nord Stream yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MELAKA – Seramai 30 pengamal media berstatus sambilan di negeri ini mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Kami Mampu Melakukannya”, Tular Semula Ucapan Biden, Projek Nord Stream 2 Akan Dihentikan Jika Rusia Serang Ukraine Hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications