Hi, what are you looking for?

Sukan

Jurgen Klopp akui belum rasa cemas


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LIVERPOOL – Di sebalik prestasi baik yang diserlahkan sejak beberapa musim ini, masalah kecederaan pemain utama Li­verpool seakan tiada berkesudahan dan kali ini mungkin mereka terpaksa melupakan khidmat pemain tengahnya, Thiago Alcantara.

Masalah tersebut seakan menjadi badi buat The Reds, namun pengendalinya, Jurgen Klopp enggan terlalu panik dan akan terus berusaha mencari jalan keluar.

“Kami masih ada lapan pemain tengah dan buat masa ini, hanya sebahagian daripada mereka yang mengalami kece­deraan. Ini bukan situasi terbaik buat kami, namun kami tidak akan berasa panik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami perlu melihat bagaimana pasukan ini bertindak balas. Situasinya (Alcantara) tidak begitu baik tetapi kita tunggu dan lihat saja,” katanya merujuk kepada keputusan imbasan kecederaan hamstring Alcantara.

Walaupun Klopp tetap berharap Alcantara mampu kembali dengan lebih cepat, pemain dari Sepanyol itu mungkin akan tersisih daripada pasukan untuk tempoh beberapa minggu dan situasi ini nyata akan beri kesan kepada Liverpool.

Selain Alcantara, pemain lain yang dilaporkan turut cedera adalah Naby Keita, Ibrahima Konate, Curtis Jones, Alex Oxlade-Chamberlain, Kostas Tsimikas dan Diogo Jota.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aksi pertama menentang Fulham di Craven Cottage, Sabtu lalu, Alcantara terpaksa digantikan dan situasi ini mungkin menyebabkan Klopp kembali aktif dalam jendela perpindahan pemain yang bakal ditutup hujung bulan ini.

Bagaimanapun, Klopp seakan lebih selesa menggunakan pemain sedia ada dan menyifatkan pembe­lian baharu hanya re­levan jika mengambil kira situasi jangka masa panjang. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HARUS diakui, naskhah filem dumentari ‘dark story’ seperti kes pembunuhan tragis atau kisah pembunuh bersiri paling menakutkan sering...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Jentera Ferrari yang dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher pada saingan musim 2003 akan dilelong...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENULARAN Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung 2019 ternyata mengubah corak kehidupan rakyat dengan pelbagai norma baharu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Presiden Indonesia, Jo Widodo (Jowi) disaman di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat berhubung dakwaan ijazah palsu yang digunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications