Hi, what are you looking for?

Sukan

Jurgen Klopp anggap permainan ‘sampah’


LIVERPOOL – Aksi hambar terus ditampilkan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mencatat keputusan seri 3-3 ketika melayan kunjungan Brighton di Anfield malam kelmarin.

Penyerang Brighton, Leandro Trossard menampilkan aksi cukup memukau pada perlawanan tersebut apabila meledak hatrik, manakala Li­verpool memperoleh tiga gol menerusi dua jaringan Roberto Firmino dan gol sendiri Adam Webster.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp berang dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya apabila Liverpool terus bergelut untuk menjaringkan gol awal sehingga menyebabkan pasukan berada dalam si­tuasi sukar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sudah bercakap dengan semua pemain dan mereka tahu kami perlukan re­aksi dalam setiap perlawanan. Gol pertama hari ini (kelmarin) berikan impak cukup besar kepada kedua-dua pasukan.

“Ketika Brighton memulakan perlawanan dengan baik, saya sudah jangka kami tampilkan permainan ‘sampah’ sekali lagi.

Bagaimanapun, saya gembira kerana kami tidak mengalah dan bangkit semula,” luah pe­ngurus dari Jerman itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Klopp juga mengakui sedar dengan kedudukan Liverpool yang hanya mengutip 10 mata dalam tujuh perlawanan, namun beliau menggesa anak-anak buahnya supaya tidak mudah mengalah dan bangkit lebih baik selepas ini.

“Saya tahu kami hanya me­ngutip 10 mata setakat ini dan itu adalah realiti, jadi kami tidak boleh mengelak. Apa yang paling penting sekarang adalah kami perlu bekerjasama dan bina kembali pasukan,” ujar­nya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement