Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jurugambar Jadi Wira, Tindakan Pantas Berjaya Selamatkan Wanita Dipercayai Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

BUTTERWORTH: Dua jurugambar akhbar Masry Che Ani, 48, dari The Sun dan Ahmad Zhafaran Nasib, 38, dari The Star berjaya menyelamat seorang wanita yang dipercayai cuba terjun ke laut di Jambatan Pulau Pinang hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, kedua-kedua jurugambar yang dari arah Butterworth menuju ke George Town, terlihat seorang wanita berusia 30-an sedang memanjat tembok di hentian kecemasan di Kilometer 3.4.

Susulan itu, Masry Che Ani bertindak pantas dengan menarik wanita itu dan dibantu Ahmad Zhafaran Nasib bagi menghalang wanita tersebut terjun ke laut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas berjaya menyelamat wanita tersebut, Ahmad Zhafaran cuba memujuk dan menenangkan wanita berkenaan sementara menunggu ketibaan anggota polis peronda dan pegawai PLUS.

Rata-rata pengguna Facebook mengucapkan tahniah kerana tindakan dua lelaki ini dapat menyelamatkan satu nyawa lagi di jambatan tersebut.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol secara bergilir-gilir terhadap seorang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Peniaga dan juga pihak pengurusan kuil di sekitar Pandamaran diberikan tempoh tiga bulan lagi untuk berpindah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERA – Mayat salah seorang mangsa yang hilang dibawa arus deras Sungai Triang dekat Kampung Kerayong di sini...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BENTONG – Seorang lelaki warga asing maut dipercayai dibunuh dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki di kawasan kebun...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications