Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Jurulatih Skuad Berbasikal SUKMA Terengganu Maut Ketika Iringi Latihan Pelumba


jurulatih sukma maut

JURULATIH SKUAD BERBASIKAL SUKMA TERENGGANU MAUT KETIKA IRINGI LATIHAN PELUMBA

KUANTAN, 12 Nov (Bernama) — Jurulatih skuad berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Muhammad Muslim Marzuki maut akibat kemalangan ketika mengiringi latihan pelumba di Kilometer 52 Jalan Kuantan-Maran di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata insiden dipercayai berlaku pada 10 pagi dan Muhammad Muslim, 22, yang menunggang motosikal, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan menyebabkan ia terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan mangsa, yang beralamat di Bandar Permaisuri, Terengganu, mengiringi latihan pelumba dari Kuantan ke Temerloh semasa kemalangan itu berlaku.

Wan Mohd Zahari berkata kemalangan itu, yang berlaku berhampiran pondok polis Paya Bungor, menyebabkan motosikal dinaiki mangsa rosak teruk manakala lori terbabit, yang dipandu lelaki berusia 43 tahun, mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata mayat Muhammad Muslim dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

The post Jurulatih Skuad Berbasikal SUKMA Terengganu Maut Ketika Iringi Latihan Pelumba appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications