Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Jurutera didakwa buat tuntutan palsu RM14,142.25


SHAH ALAM – Seorang jurutera sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM14,142.25, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Khuzairee Ibrahim, 40, turut mengaku tidak bersalah atas enam lagi pertuduhan pilihan menggunakan dokumen-dokumen sebagai tulen di dalam tuntutan kerja luar.

Kesemua pengakuan itu dibuat sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan pertuduhan utama, bapa kepada dua orang anak itu didakwa dengan niat memperdayakan Ketua Unit Project Mobility Solution, Muhamad Had Kadir bagi tuntutan kerja luar dalam negara berjumlah RM14,142.15 yang mengandungi butir matan palsu iaitu butiran elaun perbatuan, lojing dan saraan yang mana sebenarnya pada tarikh berkenaan perjalanan dan lojing tidak dibuat.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi enam pertuduhan pilihan, Mohammad Khuzairee yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM14,000 didakwa dengan curang menggunakan dokumen-dokumen sebagai tulen di dalam tuntutan kerja luar yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen-dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Project Mobility Solution, Distribution Network TNB di Jalan Timur PJS 10, Petaling Jaya dekat sini antara 25 Januari 2018 sehingga 31 Julai 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd. Aliff Shaharuzaman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin selain dua syarat tambahan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan lebih rendah kurang daripada RM5,000 memandangkan dia mempunyai komitmen menanggung dua anak selain isteri tidak bekerja.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebutan semula kes pada 7 Februari depan. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement