Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jutawan Cilik, Miliki Jet Peribadi & Kereta Bentley Pada Usia 9 Tahun


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Kekayaan di usia muda sudah pasti menjadi impian yang di idam-idamkan semua orang. Tapi siapa sangka kanak-kanak dari Lagos, Nigeria ini berjaya menjadi jutawan ketika usianya baru mencecah sembilan tahun.

Menurut Mirror, Mompha atau nama sebenarnya Muhammed Awal Mustapha, influencer muda yang mampu menarik perhatian 27,000 pengikutnya dengan kehidupan mewahnya.

Difahamkan, bintang media sosial cilik ini merupakan anak kepada Ismailia Mustapha, iaitu salah seorang jutawan selebriti dari Nigeria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Beliau memuat naik gambarnya yang sedang menikmati makanan mewah di dalam jet pribadinya serta duduk di atas Bentley bewarna krim,” tulis laporan itu.

Gambar: Instagram via Mirror

Jelas Mirror, Bentley itu ialah kereta pertama yang dibeli oleh ayahnya. Ia dimuat naik ke Instagram dengan kapsyen ‘My First Ride BBB… Terima kasih Daddy’.

Selain itu, Mompha turut menerima rumah pertamanya ketika beliau berusia enam tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, ayahnya yang juga digelar sebagai Mompha Snr (senior) itu sering berkongsikan kehidupan mewahnya dan anaknya di Instagram.

Mompha Snr turut berkongsikan gambar Mompha Junior dan adik perempuanya dengan pakaian mewah berjenama Versace dari kepala hingga hujung kaki.

Mirror turut melaporkan, kekayaan Mompha Snr dipercayai adalah hasil daripada perniagaan pertukaran mata wang yang kini telah beralih kepada perniagaan pelaburan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Gambar: Instagram via Mirror
Gambar: Instagram via Mirror

Sumber: Mirror

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MADRID: Seorang maut dan puluhan lagi cedera apabila sebuah pentas runtuh sebahagian akibat dilanda angin kencang ketika festival...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIPIS – Kerajaan Pahang memperkenalkan Skim Tanah Warisan (STW) sebagai modul baharu penempatan bagi penduduk luar bandar yang...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kelantan FC menebus kekecewaan apabila tewas kepada Perak FC pada Rabu lalu selepas mencatat kemenangan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya menembak depot peluru Russia berhampiran sebuah jambatan penting di selatan negara itu. Malah,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications