Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kadang-kadang kawan pembawa ‘bala’ – netizen


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Sebut sahaja kumpulan bermotosikal semesti mereka digambarkan sebagai satu ‘keluarga besar’ yang sering tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Bagaimanapun, lain pula kisah yang dipaparkan dalam sebuah klip video apabila kumpulan itu digempur sepasukan polis gara-gara rakan sendiri.

Menerusi klip video berdurasi 13 saat itu, kelihatan seorang remaja seolah-olah menjadi ‘pemandu arah’ kepada pihak polis ke tempat berkumpul sekumpulan penunggang motosikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remaja yang menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 itu bagaimanapun melarikan diri sejurus dua kenderaan peronda polis tiba di lokasi tersebut.

Tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu dan apa nasib yang dialami kumpulan bermotosikal yang majoritinya adalah remaja.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial telah meninggalkan pelbagai komen yang antaranya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada kawan sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kadang-kadang kawan sendiri pembawa ‘bala’, jadi sentiasa berhati-hati jika anda berkonvoi atau berkumpul kadang-kadang malang tak berbau,” kata Roslan Rempit.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ajai 46.

“Musibat punya kawan, dahla helmet (topi keledar) tak pakai, memang sahkan polis ikut, siap bawak polis ke ‘port’ lepak. Memang sengaja cari nahas, dia pula pandai cabut larikan diri” katanya.-K! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR GAJAH – “Tidak sampai lima minit hujan, pusaran angin menerbangkan bumbung bilik tengah, dapur dan bilik air,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANAH MERAH – Seorang warga emas mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas gelang tangan dan rantai lehernya diragut semasa...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh wanita yang cuba memasuki negara ini melalui...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Jelawai dekat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications