Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kadar Bayaran Sagu Hati Melampau, Benarkah Penceramah Jemputan Sekarang Sering ‘Demand’ Tinggi?


Alhamdulillah, situasi di Malaysia pada hari ini menyaksikan masih ramai masyarakat Islam yang sempat memperuntukkan waktu mereka untuk mengimarahkan masjid dan surau di kawasan perumahan masing-masing.

Selain dari hadir untuk sama-sama mengerjakan solat berjemaah, aktiviti lain seperti majlis ilmu, kuliah dan ceramah agama juga didapati masih turut mendapat sambutan terutama sekali yang melibatkan penceramah jemputan khas atau asatizah selebriti.

Namun, terdapat juga kisah yang agak kurang enak didengar yang melibatkan sisi gelap penceramah jemputan ini dan kadar bayaran sagu hati yang diterima oleh mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ustaz Mohd Zahir Ghazali dari Sungai Petani, Kedah telah membuat hantaran panjang berikut di Facebooknya bagi mengupas isu ini setelah melihat satu tangkap layar mengenainya. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian beliau ini:

| Kampungmamakcom Sagu Hati Penceramah Jemputan

Saya lihat screenshot perbincangan antara PA penceramah dan pihak penganjur antara yang viral sakan di medsos.

Bagi pandangan saya tak salah pun asatizah letak harga tapi kena berpada-pada. Jangan terlalu menampakkan kebendaan. Perlu juga berjihad dalam tajuk-tajuk dakwah juga penyebaran ilmu ini. Dari sudut yang lain pihak penganjur pun kena cakna juga. Kalau asatizah jemputan datang naik flight pergi-balik kadang lebih RM1k, hotel RM200 biasanya. Ada juga penceramah/pengkuliah sepenuh masa yang ada pembantu dan ada pejabat pengurusan yang ada kos selia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Banyak juga kejadian berlaku yang seakan menzalimi asatizah. Ada kes asatizah dipujuk untuk hadir program oleh penganjur. Walau asatizah dah maklum tak sempat datang jarak jauh juga program yang padat.

Penganjur minta naik flight minta hadir juga. Tapi sagu hati yang diberi hanya 1/3 harga tiket sahaja. Ustaz terpaksa hutang kawan untuk beli tiket. Tapi diam sahaja takut dituduh mata duitan penunggang agama pula. Juga jangan mudah menuduh asatizah sebagai penjual dan penunggang agama. Hati-hatilah dalam memberi komen.

Ramai juga asatizah selebriti yang kaya raya bukan dengan kuliah atau ceramah pun tapi masing-masing ada yang punya bisnes sendiri. Macam motivator-motivator ceramah motivasi ada yang dapat belasan ribu RM untuk sehari-dua kendali kursus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berlaku kepada saya lebih 10 tahun lalu, dijemput kuliah ceramah di sebuah surau luar Kedah. Petrol, tol dan lain modal rasanya lebih dari RM200. Masa balik pihak penganjur bagi RM50 sagu hati. Saya bagi sahaja kepada pemandu yang tolong drive kereta saya. Tak kisah pun sebab ini juga jihad. Mudahan masyarakat dapat petunjuk dan kesedaran dari hasil usaha kita yang kecil ini. Tapi terfikir juga kalau ustaz-ustaz lain yang memang tidak ada pendapatan lain memang kesian la. Serba salah para asatizah yang terbabit.

Pihak penganjur dan para asatizah kedua-duanya kena rasional dengan situasi semasa. Para asatizah boleh maklum letak bayaran tapi berpada-pada, bukan niat untuk jadi kaya. Manakala pihak penganjur kena juga memahami realiti semasa. Ada asatizah full-time dengan kuliah. Ada masalah yang tak semua ustaz perlu ceritakan kepada penganjur. Tak perlu nak viralkan semua screenshot WhatsApp dengan PA penceramah untuk orang saling komen, hina menghina dan bergaduh di medsos. Tak setuju asatizah tu boleh cari yang lain. Insya-Allah ada hikmah. Semua benda nak viralkan..

Teringat pengalaman saya sendiri pernah menyampaikan kuliah mingguan dan bulanan di sebuah  pejabat jabatan kerajaan. Baca kitab Riadhul Solihin sahaja. Dah lama kuliah dan kenal ramai kakitangan dan staf. Last-last dapat notis tak perlu dah hadir sebab mereka dapat ustaz baru (ustaz selebriti yang ada nama).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pegawai yang uruskan kuliah saya sejak lama, jumpa saya dan luahkan kesedihan juga marah-marah kepada boss dia. Bagitau itu keputusan boss mereka sedangkan boss tu tak pernah pun hadir kuliah yang diadakan. Ada kot faktor mungkin glamour nanti pejabat mereka diisi majlis oleh ustaz selebriti. Bos juga dapat nama.

Saya kata okey sahaja saya no problem, sebab saya tak pernah ambil bayaran pun walau seringgit sepanjang kuliah di situ. Hanya anggap jariah saya sahaja untuk isi ruangan dakwah. Saya pun tau mereka tak ada bajet banyak pun. Pejabat tu pun dah sedia maklum tak perlu apa-apa bayaran kepada saya. Kalau bagi pun saya akan serah balik untuk mereka buat aktiviti-aktiviti dakwah lain di pejabat. Saya ada bisnes sendiri insya-Allah boleh takat nak teruskan kehidupan.

Lepas tu beberapa bulan kemudian, saya bertemu staf pejabat tu di satu tempat secara kebetulan. Dia bagitau kuliah dah stop kat pejabat. Katanya ustaz selebriti yang ganti ustaz dulu mai sekali sahaja. Pejabat tak mampu bayar punya mahal. Siap dia tunjuk bukti kat handphone jumlah bayaran dekat RM5k sekali mai. Dok KL kot. Dia kata bos kami ingat free kot jemput semua asatizah macam Ustaz Zahir, cerdik sangat ..😀

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tergelak saya dan bagitau, saya pun dah penuh jadual kuliah dan program, dah ganti kat tempat lain. Cerita lama dulu, tiba-tiba sahaja teringat..

Lagi satu kejadian menyebabkan saya dimarahi hingga kini. Tindakan saya hanya bayar RM150 kepada ustaz selebriti yang menyampaikan ceramah. Kebetulan penduduk sebuah kampung minta bantuan jemput ustaz selebriti untuk berceramah di kampung. Kebetulan dia datang program di Kedah selama beberapa hari.

Tengok sebut harga boleh tahan, 4 angka. Orang kampung pakat kutip duit nak bayar sagu hati. Saya kata kat orang kampung, tak payah bayar banyak, bagi RM150 ja kat saya untuk saya urus. Lepas ceramah saya bagi sampul surat dengan isi RM150 sahaja kepada PA penceramah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bising la bila sampai kat hotel tengok RM150, saya kata saya buat kiraan ustaz datang sini 3 hari, mula qiamullail, kuliah Subuh, kuliah dhuha di pejabat kerajaan, kuliah Zohor di pejabat kerajaan, kuliah Asar, Maghrib dan ceramah lepas Isya. Saya kata saya buat kiraan selama 3 hari ustaz selebriti di sini dah lebih RM20k dapat. Hotel tak sampai RM1k. Makan minum banyak tempat selalunya orang jamu.

Begitu juga kos PA, kenderaan dan lain-lain pengurusan.

Saya kata ceramah kat orang kampung kira jihad dah la. Marah dia tak puas hati tindakan saya… jumpa hari ni pun dah kurang senyum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tapi ada juga asatizah yang punya madrasah, tahfiz, sekolah anak yatim atau pusat-pusat kebajikan untuk dibiayai. Bukan untuk beliau secara individu. Yang ni sebaiknya diberi sokongan. Jadi sumbangan juga untuk pembangunan Islam.

BACA: Kejar Habuan Dunia, Ramai Kini Buat Amalan Baik Semata-Mata Untuk ‘Sales’ Lebih Tinggi

Sumber: Facebook Mohd Zahir Ghazali

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.” Demikian luahan madu kepada Marissa Dania Hakim, Misya...

Sukan

3s JURULATIH yang berada di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kadar skim gaji dan imbuhan baharu selepas...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi Hasif Upin menitiskan air mata berdepan kecaman melampau netizen ketika berduet lagu Waktu dengan Ziana Zain di Separuh Akhir...

Sukan

0 DOHA – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mula bercita-cita besar untuk cipta satu lagi sejarah membawa pasukan layak ke pusingan suku akhir Piala Asia...

Advertisement