Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kajian Terbaru Dapati Kematian Bruce Lee Mungkin Disebabkan Minum Air Terlalu Banyak


Kajian Terbaru Dapati Kematian Bruce Lee Mungkin Disebabkan Minum Air Terlalu Banyak

Setelah hampir 50 tahun selepas kematian pelakon Bruce Lee, penyelidikan terbaru mendapati bahawa kematian mengejut bintang filem itu mungkin disebabkan oleh minum air terlalu banyak.

Pakar seni mempertahankan diri itu meninggal dunia di Hong Kong pada Julai 1973 akibat daripada pembengkakan otak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Buah Pinggang Klinikal bagaimanapun mendakwa bahawa Lee minum air melebihi daripada keperluan badannya dan punca sebenar kematiannya mungkin disebabkan ‘hiponatremia’.

Keadaan ini berlaku apabila jumlah air dalam badan seseorang mengurangkan paras natrium dalam darah mereka dan menghalang mereka daripada membuang air dengan cepat atau cukup cekap.

Lee yang telah meninggal dunia pada usia 32 tahun dikatakan mempunyai masalah “pengambilan cecair yang kronik” termasuk pengambilan alkohol dan diet berasaskan minuman jus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau juga didakwa menggunakan ganja dan sebelum ini pernah mengalami kecederaan di buah pinggangnya hasil daripada pengamalan seni mempertahankan diri. Menurut kajian itu, semua faktor tersebut merupakan risiko kepada hiponatremia.

“Kami membuat hipotesis bahawa Bruce Lee meninggal dunia akibat disfungsi buah pinggang. Ketidakupayaan untuk mengeluarkan air yang mencukupi bagi mengekalkan homeostasis air.

“Ini boleh menyebabkan hiponatremia, edema, serebrum dan kematian dalam beberapa jam jika pengambilan air berlebihan tidak dipadankan dengan proses perkumuhan air menerusi pembuangan air kencing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memandangkan hiponatremia adalah kerap, seperti yang terdapat pada melebihi 40 peratus orang yang dimasukkan ke hospital. Pengambilan air yang berlebihan boleh menyebabkan kematian walaupun pada orang muda dan sihat. Terdapat keperluan untuk penyebaran meluas tentang konsep bahawa pengambilan air yang berlebihan boleh membunuh,” tulis jurnal itu lagi.

Para penyelidik juga menyatakan bahawa hiponatremia mungkin telah menyebabkan pembengkakan otak yang ditemui doktor pada Lee tahun 1973 lalu.

“Lee pernah membuat petikan seperti ‘Be water my friends‘. Tetapi kesan air yang berlebihan pada akhirnya membunuhnya,” dalam kesimpulan yang dibuat oleh para penyelidik itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Banyak teori beredar akibat punca kematian Lee, termasuk dakwaan bahawa dia mengalami strok haba, keracunan secara tidak sengaja selepas mengambil aspirin yang tercemar dan dibunuh oleh gangster.

Sumber: South China Morning Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Lifestyle

0 Menang kambing dari pertandingan Lato-Lato. Juara Main Lato-Lato 2 Jam Tanpa Henti, Kanak-Kanak Dari Indonesia Ini Dihadiahkan Kambing. Amat tular di Indonesia, Lato-Lato...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menegaskan bahawa keputusan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications