Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Kak Long 7E’ tular lagi, ajuk jalan OKU di FB Live


PETALING JAYA – Isu mengenai seorang wanita yang lebih dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ semakin mendapat perhatian orang ramai sejak awal Mac lalu.

Semalam, selepas tular kisah wanita itu diundang sebagai jemputan dalam sebuah program televisyen, dia sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna media sosial hari ini apabila rakaman siaran langsung Facebook yang memaparkan tindakannya seolah-olah mengajuk cara berjalan seorang orang kelainan upaya (OKU).

BACA: TV AlHijrah Tangguh Siaran Episod ‘Kak Long 7E’ Selepas Teruk Di Kecam Netizen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yang dilontarkan oleh orang ramai sambil berjalan senget berserta melakukan riak wajah yang pelik.

@syafiqfadeli Kak Long 7E Buat Live Mengajuk OKU #SyafiqFadeli #GuruKomunikasi #tiktokguru ♬ original sound – Syafiq Fadeli

Sehubungan itu, ramai yang mula mengecam tindakannya dan menganggap sebagai biadab kerana terlalu taksub mengejar populariti sehingga sanggup melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri.

“Malu la jadi mak kalau perangai macam ini, patutlah anak pun lebih kurang bahasanya, kalau yang patut tunjuk contoh baik pun gagal jaga adab,” komen seorang pengguna.

“Kalau Allah bagi cacat terus, baru dia insaf mungkin, berubahlah cepat, dari awal bulan cerita pasal mak cik ini tak habis-habis, dah kena kecam, minta maaf, esok video baru lagi, kecam lagi,” ujar pengguna yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, wanita tersebut tampil memohon maaf susulan video yang tular itu dan menafikan dakwaan orang ramai serta bertegas memaklumkan bahawa dia tiada niat sama sekali untuk mempersendakan golongan OKU.

BACA: Pemuda OKU Buat Laporan Kecewa Gurauan Kasar ‘Kak Long’

Bukan itu sahaja, dia sempat luah rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran pengguna media sosial yang hanya mencari kesalahannya untuk disebarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement