Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda


PETALING JAYA – Aktres Nabila Huda mengakui sanggup berbelanja besar demi memastikan kemenjadian setiap karakter lakonannya.

Kata Nabila, 40, atau mesra disapa sebagai Abil, kegilaannya yang sanggup mengeluarkan bajet sendiri itu juga bagi memastikan orang lain tidak berdepan kesukaran dek sikapnya yang terlalu cerewet dan mementingkan kesempurnaan.

“Masalah utama saya ialah sanggup melabur duit sendiri untuk nampak elok dalam skrin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semuanya untuk kepuasan sendiri demi watak dan ternyata sangat berbaloi apabila mempunyai orang (penata gaya) yang tepat dan faham semua perkara saya bayangkan,” katanya dalam Instagram.

Tambah bintang filem Rahsia itu, sikap cerewetnya itu membawa kepada perkara yang sangat teliti seperti jenis kain dan rekaan kasut seperti yang dibayangkan untuk sesebuah watak.

“Untuk tidak menyusahkan orang dengan permintaan bukan-bukan dan sikap sikap cerewet untuk rupa sesebuah karakter, saya tidak kisah untuk berhabis duit. Janji menjadi dan puas!” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anak kepada penyanyi legenda rock, Datuk Amy Search itu berkata, sikap pentingkan kesempurnaan itu juga memastikan rupa dan penampilan karakter dipegangnya nampak realistik.

“Saya punya tahap cerewet itu seperti sanggup membeli pakaian dalam bersaiz besar untuk watak wanita hamil.

“Perut juga tidak boleh pakai bantal (perut palsu) sehingga nampak bentuk petak, pecah lubang!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau saya tidak dapat apa yang diingini, boleh naik hantu dan itu bukan satu gurauan,” tuturnya.

Menerusi perkongsian sama, turut menitipkan ucapan terima kasih kepada penata gaya dikenali sebagai Shasha yang banyak membantu merealisasikan setiap penampilan hebat karakter lakonannya dalam beberapa buah naskhah seperti filem Telaga Suriram dan drama pendek Banjir Raya terbitan stesen televisyen Singapura. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement