Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km


Sebelum ini, warga Kenya turut memperolehi juara dalam acara Kuching Marathon 2022

Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km. Dengan penyertaan yang cukup memberansangkan kerana banyak penyertaan daripada peserta luar negara berserta dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, hal ini tidak menjadi penghalang untuk peserta memula dan menamatkan larian.

Tahun ini, Miri Marathon 2023 juga menyaksikan gelaran juara keseluruhan untuk acara ini telah dibolot oleh warga Kenya untuk kategori 42km.

Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km
Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km

Tahniah diucapkan kepada para peserta

Tiga pelari yang berasal dari Kenya iaitu Bernard Muinde Matheka (42km Lelaki Terbuka), Jamin Ekai (42km Lelaki Veteran) dan Jemimah Waya Musau (42km Wanita Terbuka) memenangi tempat pertama di kategori masing-masing dalam acara Maraton Miri Ke-5 hari ini.

Matheka memenangi kategori 42km Lelaki Terbuka dengan masa 2:28:50, manakala Ekai memenangi kategori 42km Lelaki Veteran dalam masa 2:36:08 dan Musau melintasi garisan penamat pada masa 3:08:50 untuk memenangi kategori 42km Wanita Terbuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala Lee Siok Chin dari Malaysia memenangi tempat pertama dalam kategori 42km Wanita Veteran dengan masa 3:29:00.

Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km
Sumber: Dayak Daily

Ini merupakan jumlah penyertaan dua kali ganda dari edisi sebelumnya.

Jumlah peserta yang menyertai edisi ke-5 Maraton Miri adalah seramai 5,628 orang, termasuk 1,158 peserta dari 11 negara, manakala peserta yang lain berasal dari Semenanjung Malaysia (534), Sabah/Labuan (556) dan Sarawak (3,380).

Negara yang diwakili tahun ini adalah Singapura (43); Brunei Darussalam (996); Indonesia (47); Australia (6); China (5); Kenya (28); Belanda (4); Filipina (5); Portugal (2); UK/US(20) dan Afrika Selatan (2).

Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km

Acara ini terdiri daripada maraton penuh 42km (Lelaki Terbuka/Lelaki Veteran/Wanita Terbuka/Wanita Veteran); separuh maraton 21km (Lelaki Terbuka/Lelaki Veteran/Wanita Terbuka/Wanita Veteran) dan larian 10km (Lelaki Terbuka/Wanita Terbuka).

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin menggesa pelbagai organisasi di Miri untuk menganjurkan dan menyenaraikan acara-acara kebangsaan dan antarabangsa mereka untuk menarik pelancong ke Miri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lee percaya bahawa menganjurkan jenis-jenis acara termasuk sukan, pameran pendidikan perniagaan atau malahan persidangan perniagaan, akan memberikan impak besar terhadap pembangunan Bandar Miri.

Kali Ini Acara Miri Marathon 2023, Lagi Sekali Warga Kenya Berjaya Bolot Gelaran Juara 42km

Lagi artikel semasa untuk anda baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Lifestyle

0 Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak ‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications