Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kali Pertama Nak Naik “Flight” Di KLIA Terminal 2? Ini “Step” Yang Perlu Anda Tahu


Kali Pertama Nak Naik “Flight” Di KLIA Terminal 2? Ini “Step” Yang Perlu Anda Tahu

Lapangan Terbang merupakan pintu sempadan  sesebuah negara sama ada dari luar negara mahupun secara domestik menerusi jalan udara. Setiap hari lokasi itu menampung keluar masuk pengunjung dari seluruh pelusuk dunia.

Di Malaysia, terdapat pelbagai lapangan terbang di setiap negeri. Antara lapangan terbang yang terkenal di negara ini termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa nama kedua-dua lapangan terbang tersebut telah ditukar kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Setiap lapangan terbang ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat rehat, ruang menunggu dan kedai-kedai kepada penumpang sebelum menaiki pesawat atau baru sahaja tiba di lapangan terbang.

Mungkin ramai yang telah berkunjung ke KLIA Terminal 1 namun tidak pernah menjejakkan kaki ke KLIA Terminal 2 kerana ia masih baharu beroperasi sejak 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tips bagi mereka yang pertama kali ke KLIA Terminal 2 dan tidak mengetahui proses untuk naik kapal terbang di tempat tersebut.

Cara-Cara Naik Flight Dari KLIA Terminal 2

Dalam video yang dimuat naik oleh @draakmyhd  di TikTok mendedahkan cara-cara atau proses menaiki kapal terbang di KLIA Terminal 2.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: TikTok @draakmyhd
BACA JUGA: Peminat Setia Man United, Kenali Sheikh Jassim

Menurut pemilik video, sejurus tiba di kawasan pintu masuk KLIA Terminal 2, anda hanya perlu bergerak ke arah kiri sehingga anda menjumpai Kaunter Daftar Masuk atau Check In Counter.

Departure Information Board

| KampungmamakcomGambar: TikTok @draakmyhd

Langkah pertama cari departure information board. Cari waktu penerbangan kapal anda dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cari flight time dahulu, terus saya jumpa flight saya AK 0888 Don Musang.

“Check in dekat U-Y, boarding gate dekat L7.,” katanya.

Self- Print Check In

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Cara Naik Flight Klia 2Gambar: TikTok @draakmyhd

Langkah kedua adalah Check In. Di KLIA Terminal 2 ini ia perlu dilakukan secara layan diri atau Self – Print Check In.

Untuk mengelakkan sebarang perkara di luar jangkaan seperti kekalutan, anda digalakkan untuk melakukan online check-in.

Untuk cetak boarding pass perlu imbas kod bar atau boleh masukkan secara manual menggunakan booking number atau reference number.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Ini Tips Semai Biji Betik Agar Tumbuh Subur & Berbuah Lebat

Tegas @draakmyhd dalam video tersebut, setelah mendapat boarding pass, jaga seeloknya manakala luggage tag lekatkan pada bagasi anda.

Kemudian, bawa bagasi pada mesin di hadapan secara self check in.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi yang tidak mengetahui cara untuk self check in, anda boleh membawa beg ke kaunter namun akan dikenakan cas sebanyak RM20.

Boarding 

| Kampungmamakcom Cara Naik Flight Klia 2Gambar: TikTok @draakmyhd

Langkah ketiga, setelah selesai semua urusan, anda perlu bergerak ke kawasan pelepasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di sini terdapat dua platform bagi penerbangan antarabangsa dan penerbangan domestik.

Penerbangan Antarabangsa

Bagi penerbangan antarabangsa, terus masuk ke Gate L, Gate P, dan Gate Q. Sediakan passport dan pas pelepasan untuk disemak oleh pegawai yang bertugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Airport Low Cost Airlines, kebiasaannya pada entrance ada check beg kalau tidak book luggage. Pastikan beg yang dibawa bersama tidak melebihi berat 7 kilogram (kg).

Imigresen

Langkah keempat adalah semakan oleh imigresen. Untuk pemegang pasport warganegara perlu bergerak ke arah kiri manakala bagi bukan warganegara pula di bahagian kanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang anda perlu buat adalah imbas passport anda di autogate (guna muka surat pertama passport).

Scan Bag 

Langkah kelima, imbas beg pula seperti beg tangan, hand carry bag, backpack, bagasi untuk tujuan pihak kastam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: KFC K-Cheese Crunch, Sensasi Hit ‘K’ Terbaharu Yang Menggetarkan

Walau bagaimanapun, penumpang tidak perlu membuka alatan seperti jam tali pinggang dan kasut di sini.

Cari Boarding Gate 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah yang keenam adalah cari pintu pelepasan atau boarding gate di mana.

Anda boleh menyemak semula di boarding pass atau papan maklumat penerbangan

Scan Bag & Body X-Ray

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Cara Naik Flight Klia 2Gambar: TikTok @draakmyhd

Langkah terakhir adalah lakukan scan bag dan body x-ray.

Untuk bahagian ini, anda dinasihatkan untuk menanggalkan peralatan seperti jam tangan, tali pinggang, jaket, komputer dan lain-lain untuk diletakkan di dalam bekas yang disediakan.

Penerbangan Domestik/ Dalam Negeri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi penerbangan domestik, jauh lebih mudah. Selepas sahaja selepas melakukan proses check in beg, untuk memasuki pelepasan domestik hanya perlu bergerak ke arah kiri.

Lalu di bahagian scanner dan cari pintu pelepasan untuk menaiki kapal terbang.

Semoga bermanfaat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@draakmyhd

70K followers thank you so much everyone. Hanya tuhan saja mampu membalas jasa baik dan support dari korang. Dah jom sambung travel #traveltips #traveltiktok #fyp #travelstylesendiri

♬ original sound – Draak Myhd – Draak Myhd

Sumber: TikTok @draakmyhd

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement