Hi, what are you looking for?

Sosial

“Kalian semua tahu apa yang aku rasa?”- Lelaki Ini Titipkan Pesanan Buat Suami Yang Masih Ada Isteri Di Sisi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Jodoh, rezeki dan ajal maut seseorang merupakan rahsia Allah swt yang siapa pun tidak ketahui.

Baik di usia tua mahupun muda, pasti akan dijemput kembali kepada Pencipta kerana ia merupakan perkara yang pasti.

Perasaan ditinggalkan orang yang kita sayang merupakan sesuatu yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata, lebih-lebih lagi bila banyak kenangan sudah dicipta bersama si dia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehilangan isteri selepas usia perkahwinan baru menjejaki tahun pertama, seorang lelaki yang juga bapa tunggal berkongsi kisahnya di facebook Faid Noorazmi agar menjadi pedoman dan nasihat berguna kepada pasangan di luar sana.


⁣Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa.

Rasa terpanggil, rasa hati bagai dijentik bila buka sosial media sejak kebelakangan ni makin ramai insan yang menerima nasib macam aku. Kehilangan srikandi dunia, dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.

Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.

Sahabat alam maya semua, aku bukan orang yang terlalu berpengalaman dalam menguruskan rumah tangga, aku hanya sempat rasa bahagia bersama lebih kurang 1 tahun 1 bulan. Nikmat kebahagiaan aku ditarik ketika aku masih berumur 24 tahun dan anak aku baru berusia 2 bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sahabat, aku cuma nak sampaikan beberapa pesanan buat kalian yang masih ada & bakal memiliki pasangan 👇🏽

  1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
  2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
  3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
  4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
  5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian 😭.
  6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
  7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi 😊.

Semoga coretan aku ada manfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita. Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti.

Aaminn ya Rabbal Alamin.

Sekian, coretan daripada seorang bapa tunggal, Muhammad Faid Bin Noorazmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pedoman dan menjadi nasihat berguna buat kita, insyaAllah.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang wanita hanya mengalami sesak nafas apabila kediamannya di tingkat enam Kondominium Riana Green di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Ahmad Zahid Jumpa 40 ADUN BN Jojor Malam Ini JOHOR BAHRU, 5 Okt (Bernama) — Pengerusi Barisan Nasional...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Dua penyamun bermotosikal menyebabkan seorang warga emas cedera di Bandar Botanik dipercayai terlebih dahulu telah melakukan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Wanita Nekad Kahwinkan Suami Dengan “Ex”, Dapat Tahu Suami Masih Simpan Perasaan Seorang wanita di Andhra Pradesh, India...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications