Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kamera tersorok dalam ‘fitting room’ butik pakaian terkemuka


PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.

Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx.

Perkara tersebut dibongkarkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali @meleisgw yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Salah seorang mangsa dalam video dah mesej saya. Dia mengesahkan kejadian berlaku di butik terkemuka di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas.

“Dia ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut.

“Tolong jangan jadikan isu apa orang buat dalam bilik persalinan itu, tetapi isu yang dibangkitkan sekarang kenapa ada kamera tersorok disitu dan sampai boleh dijual beli,” tulisnya dalam satu ciapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat isu tersebut selain menyelar tindakan pihak yang meletakkan kamera berkenaan.

“Mangsa tolong pergi laporkan pada pihak berkuasa supaya orang yang letak kamera ini dikenakan tindakan sewajarnya. Rasa dah tak selamat dah lepas ini,” komen seorang netizen.

“Siapa punya kerjalah muat naik video ni masuk media sosial, dah takde kerja lain agaknya selain sebarkan aib orang. Tak tahu pulak fitting room sekarang dah ada kamera, bahaya juga,” ciap @atiqahsapphire.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 15,000 perkongsian dan 9,010 tanda suka. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement