Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Kami tak sabar cipta sejarah – Dion Cools


KAPTEN skuad kebangsaan, Dion Cools bersedia mencurahkan segala jiwa dan raganya untuk membantu pasukan memulakan Piala Asia 2023 menentang Jordan di Stadium Al Janoub awal pagi Selasa ini dengan langkah positif.

Menurut Dion, selepas menjalani latihan hampir dua ­minggu di Doha, semua pemain kini sudah fokus 100 peratus untuk memberikan yang terbaik menentang jaguh Asia Barat itu.

“Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, saya akan memberikan segala­nya di atas padang untuk memastikan pasukan negara dapat melakar kemenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami memiliki barisan pemain yang bagus dan sudah tentu bersemangat untuk mencipta sejarah dengan bantu Malaysia ­layak ke pusingan kalah mati. Saya yakin pasukan mampu lakukannya,” kata tonggak kelab Thailand, ­Buriram United itu.

Sementara itu, Cools yang diberi tugas selaku kapten bersama Matthew Davies menyeru rakan sepasukannya untuk tidak menghiraukan kelebihan fizikal yang ada pada Jordan.

“Saya tidak lihat kekuatan serta ketinggian fizikal pemain lawan memberikan kelebihan. Malah, saya percaya itu bukanlah masalah utama yang perlu kami fikirkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Di atas padang, kita juga memiliki pemain yang pantas dan lincah, sekali gus boleh memberi kelebihan buat pasukan apabila menentang lawan,” katanya.

Berdasarkan ranking semasa, Jordan berada di posisi lebih baik di tempat ke-87 berban­ding Malaysia yang masih kekal di kedudukan ke-130 dunia.

Berdasarkan lima pertemuan menentang negara Asia Barat itu, Malaysia tidak pernah menang dengan aksi persahabatan ter­akhir tewas 0-4 tiga tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement