Hi, what are you looking for?

Hiburan

Kamya Fest 2023 bantu usahawan bangkit


SELEPAS bergelumang dalam bidang perniagaan sendiri yang kian mendapat tempat di hati ramai iaitu Bubblebee, Shuib kini mencuba nasib dalam bidang baharu iaitu menjadi penganjur acara menerusi Kamya Fest 2023.

Meskipun baru pertama kali penganjurannya, acara berkenaan dikira mendapat sambutan hangat kerana hampir 300 peniaga berpusu-pusu mendaftarkan tempat untuk bersama-sama menyertai Kamya Fest.

Shuib selaku penganjur bersama menyifatkan acara tersebut khas untuk membantu peniaga-peniaga bangkit daripada kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baginya, kewujudan acara tersebut juga turut dilakukan bersesuaian dengan lapisan rakyat yang hadir untuk berseronok.

“Saya melihat kesan PKP yang berlaku kepada peniaga-peniaga untuk bangkit semula berniaga. Sama juga seperti peniaga, ada yang baru mencipta nama dalam bidang ini.

“Kamya Fest platform yang sangat baik untuk semua kerana banyak perkara akan berlaku di sana,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Kamya Fest 2023 di Hotel CitizenM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai lebih 20 selebriti turut terlibat untuk menjadi tarikan pengunjung berhibur ke festival tersebut antaranya ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan dan ramai lagi.

Bukan sahaja selebriti, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad turut memaklumkan akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga yang hadir ke Kamya Fest 2023 pada 10 sehingga 12 Februari kelak.

MESKIPUN membabitkan diri sebagai penganjur, Shuib juga mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan. Foto – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

Sementara itu, mengulas lanjut, Shuib berkongsi kisah perjalanan perancangan Kamya Fest bersama pengasas Kamya iaitu Erna Elliyana dan Pengarah Projek, Mohd. Faizul Isa atau lebih dikenali sebagai Joe.

“Joe selalu melakukan acara tetapi dia tidak fokus dengan satu jenama sahaja. Apabila berbincang, saya mencadangkan untuk cipta satu jenama supaya boleh pergi jauh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebetulan saya kenal lama dengan Erna dan suaminya. Mereka menyuruh saya cari perkara yang boleh diusahakan bersama-sama.

“Apabila datang idea seperti ini, saya kenalkan Joe kepada mereka dan berbincang. Saya suka idea daripada Joe iaitu konsep festival dekat dengan rakyat,” jelas selebriti berusia 39 tahun itu.

Melihat kepada kejayaan acara pertama Kamya Fest, Shuib akui sudah mempunyai perancangan untuk mengadakan perancangan seterusnya selepas memiliki kepercayaan usahawan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masa perbincangan untuk kali kedua bersama Erna, kami berjaya tarik hampir 300 peniaga yang sudah berdaftar.

“Selepas ini, kami sudah merancang untuk melakukan festival seterusnya. Bagi kami, apabila sudah pegang banyak peniaga kami sepatutnya memberikan kepercayaan untuk mereka.

“Apabila kepercayaan sudah dibina, kami boleh melakukan lebih banyak projek pada masa akan datang bahkan jelajah mahupun di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kamya Fest akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Februari bertempat di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil yang merangkumi pelbagai kategori peniaga termasuklah produk makanan dan minuman, fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup yang sangat sesuai buat seisi keluarga.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications