Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kanak-kanak lelaki tertelan kunci ketika bermain


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

INDRAMAYU: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Indramayu, Jawa Barat tidak sengaja tertelan kunci sehingga menyebabkan objek tersebut tersangkut di dalam perutnya.

Sehubungan itu, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kunci tersebut.

Namun, keluarganya tidak mempunyai kemampuan untuk membiayai kos pembedahan memandangkan kanak-kanak itu merupakan anak yatim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia hanya tinggal bersama ibu dan dua adik beradiknya, manakala bapanya sudah meninggal dunia.

Lapor Tribunnews, kanak-kanak itu tertelan kunci pada minggu lalu ketika bermain telefon sambil menggigit objek tersebut.

Disebabkan mengantuk, kanak-kanak itu tidak sedar dia tertelan kunci berkenaan dan perkara tersebut disedari ibunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibunya segera membawa mangsa ke klinik berhampiran dan doktor memaklumkan kunci itu tersekat di dalam perut anaknya, sekali gus memerlukan pembedahan segera.

Pelbagai cara dilakukan ibunya untuk mendapatkan duit bagi menampung kos pembedahan, namun sehingga kini, masih belum mencukupi

Dalam pada itu, biarpun sudah seminggu tertelan kunci, keadaan kanak-kanak itu masih baik tanpa gejala serius.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berjaya mendapatkan bantuan pakej perubatan untuk keluarganya, namun hanya boleh digunakan pada 1 Oktober ini.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Dua pelari pecut negara, Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan membanggakan nama Malaysia apabila memenangi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BERAU: Seorang lelaki tidak menyangka anak yang dikandung dan dilahirkan isterinya bukan anaknya, sebaliknya, bayi itu merupakan darah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA –  Impian seorang penghantar makanan untuk membuka perniagaan hasil dari keuntungan menjual telefon bimbit tidak kesampaian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Detik-Detik Rumah Musnah & Hanyut Dalam Laut, Dihentam Ombak Kuat Ketika Taufan Fiona Di Kanada Taufan Fiona yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications