Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Kanak-kanak OKU Maut, Dipercayai Digilis Pembajak Sawah Padi


digilis pembajak

Kanak-kanak OKU Maut, Dipercayai Digilis Pembajak Sawah Padi

Seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemukan maut selepas dipercayai digilis oleh jentera pembajak dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Korok pada petang tadi, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dihubungi bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau lagi, mangsa yang berusia 11 tahun telah ditemui oleh penduduk kampung pada jam 6 petang dalam keadaan tertiarap.

Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di dalam lumpur sawah padi.

“Pasukan bomba tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah alat pemutar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di badan kemudiannya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya di sini pada Jumaat.

Tambah Rodzi, siasatan masih sedang dijalankan dan saksi kejadian juga sudah dipanggil oleh polis untuk mengetahui punca dan siasatan lanjut.

Sehingga kini, siasatan ke atas mayat mangsa telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata bahawa panggilan telah diterima oleh mereka.

Panggilan melalui sistem MERS 999 telah diterima oleh Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan panggilan kecemasan yang diterima, seramai lapan anggota dari BBP Jitra telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi tersebut kemudiannya telah diketuai oleh Pegawai Kanan (PBK) II Mohd Syahruddin Awang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan akibat digilis pembajak,” ujar beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

The post Kanak-kanak OKU Maut, Dipercayai Digilis Pembajak Sawah Padi appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications