Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kanak-Kanak, Remaja Lelaki Lemas Di Sungai Masai


Penolong Kanan Penguasa Bomba ZON 1 Johor Hamdan Ismail berkata mangsa Sharif Mohd Sharizan Sabri, 11, ditemukan pada 9.18 malam ini manakala Mohd Ahlan Kiram, 14, ditemukan pada 10.32 malam.

Beliau berkata 21 pegawai dan anggota bomba termasuk sembilan daripada Unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pertahanan Awam (APM) digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa pertama (Sharif) ditemukan tidak jauh dengan mangsa kedua (Mohd Ahlan) iaitu kira-kira dua meter dengan kedalaman air lima meter,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Beliau berkata mengikut maklumat awal, Sharif terjatuh dipercayai ketika cuba mengambil seliparnya yang terjatuh dalam sungai.

“Mohd Ahlan pula dipercayai cuba membantu Sharif yang dilihat mula lemas ketika cuba mengambil selipar, namun percubaannya gagal menyebabkan kedua-duanya lemas,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hamdan berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pihak polis ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, seorang daripada rakan mangsa Mohd Azmil Jamaludin,13, ketika ditemui berkata dia juga hampir lemas namun berjaya ditarik rakannya yang lain.

Katanya, dia dan rakan-rakan lain bergegas meminta bantuan orang awam selepas kedua-dua mangsa hilang daripada penglihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kawan saya tarik kaki dan saya selamat, sebenarnya baru hari ini kami bermain bersama di sungai ini kerana duduk di flat yang sama.

“Tidak sangka ia akan berakhir macam ini,” katanya yang tinggal di Flat Taman Masai Utama.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Malaysia Tewas Penalti, Gagal Bawa Pulang Piala Raja Thai Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya tunduk kepada skuad...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Lebih 800 badan sukan di seluruh negara telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (Pjs) sejak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications