Hi, what are you looking for?

Sukan

Kante bakal beraksi di Arab Saudi


LONDON – Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante semakin hampir untuk menandatangani kontrak bersama pasukan dari Arab Saudi, Al Ittihad.

Delegasi dari kelab berkenaan dilaporkan sudah berada di London sejak Selasa lalu untuk mengadakan run­dingan mengenai kontrak tersebut yang menyaksikan pemain berkenaan bakal menerima pendapatan sekitar £86 juta (RM491.85 juta) setahun.

Pemain berusia 32 tahun berkenaan bakal menjadi ejen bebas bermula hujung bulan ini selepas kontraknya di Stamford Bridge berakhir dan telah ditawarkan kontrak oleh Al Ittihad sehingga 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kante dan Chelsea sebelum ini telah mengadakan rundi­ngan untuk perjanjian baharu sejak beberapa bulan lalu, namun perbincangan tersebut menemui jalan buntu selain The Blues dilaporkan mahu mendapatkan Moises Caicedo dari Brighton untuk mengisi kekosongan berkenaan.

Selain Kante, Al Ittihad dilaporkan sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Karim Benzema selain turut memburu beberapa lagi pemain berprofil tinggi seperti, Lionel Messi, Serge Busquets, Paul Pogba, Pierre Emerick Aubameyang dan Hugo Lloris.

Laporan menyebut, rundi­ngan antara Al Ittihad dan ejen Kante sudah bermula sejak beberapa hari lalu dan kata sepakat mengenai kontrak ber­kenaan mungkin akan di­meterai dalam tempoh terdekat ini. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications