Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kapal perang terbesar India selesai ujian laut lepas


KOCHI, India – Kapal pengangkut pesawat (IAC) India yang pertama, Vikrant telah kembali ke pelabuhan Kochi selepas selesai ujian laut ketiganya di laut lepas, lapor akhbar The Indian Express, baru-baru ini.

Menurut jurucakap kementerian pertahanan, ujian laut tersebut adalah proses wajib bagi setiap IAC.

“IAC kembali dari ujian laut pada 16 Januari lalu,  di mana sejumlah besar sistem kapal dikendalikan dan diuji dengan latihan ke atas pelbagai peralatan yang dipasang di atas kapal,” kata jurucakap itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, data percubaan kini akan dianalisis dengan pemeriksaan mandatori dan keseimbangan bekerja di atas kapal.

IAC telah memulakan percubaan lautnya sejak 9 Januari untuk menjalankan gerakan kompleks di laut lepas sebelum proses induksi yang dirancang pada Ogos akan datang.

Kapal pengangkut pesawat seberat 40,000 tan itu adalah kapal perang terbesar dan paling kompleks yang pernah dibina di India, berjaya menamatkan pelayaran laut sulung selama lima hari pada Ogos tahun lalu dan menjalani ujian laut selama 10 hari pada Oktober.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kapal perang itu akan mengendalikan jet pejuang MiG-29K, helikopter Kamov-31 dan helikopter pelbagai peranan MH-60R.

IAC telah dibina dengan kos sekitar Rs 23,000 crore (RM13 juta) dan pembinaannya melayakkan India ke dalam kumpulan negara yang mempunyai keupayaan membina kapal pengangkut pesawat yang canggih. – Agensi



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications