Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Karier bagaikan ‘mati hidup semula’


TIDAK mustahil musim 2024 mampu menjadi tahun kebangkitan buat karier penjaga gol berpengalaman skuad hoki negara, Hairi Abd. Rahman kembali membuat penampilan di pentas antarabangsa selepas dua tahun digugurkan daripada pasukan.

Biarpun kini tidak lagi bersama hoki padang dengan Speedy Tigers, namun Hairi bersyukur dan meluahkan keterujaannya selepas khidmatnya masih mendapat kepercayaan ketua jurulatih hoki lima sebelah (5s) lelaki negara, Wallace Tan.

“Saya jalani pembedahan lutut pada 2021 dan 2022 pula saya berjaya bantu TNB (Tenaga Nasional Berhad) menjuarai Piala TNB selepas kemarau sembilan tahun. Selepas itu saya digugurkan, jadi sudah tentu perasaan sekarang amat teruja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hampir dua tahun tak diberi peluang sarung jersi kebangsaan. Masih banyak benda saya boleh lakukan dari segi kebolehan dan saya anggap mungkin rezeki hoki padang cuma setakat itu.

“Saya anggap hoki 5s sebagai cabaran baharu kerana tak sama macam hoki padang. Namun, saya sedia ambil peluang yang ada ini untuk mempersiapkan diri menghadapi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 bersama TNB,” katanya.

Tanpa berselindung, penjaga gol TNB itu menetapkan sasaran peribadi untuk membantu skuad kebangsaan mencipta sejarah pada Piala Dunia Hoki 5s 2024 yang julung kali diadakan di Muscat, Oman bermula 28 hingga 31 Januari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Hairi enggan menganggap pengalaman ­luasnya di peringkat antarabangsa kerana pernah beraksi di pentas Piala Dunia 2018 sudah terjamin berada dalam skuad kebangsaan, sebaliknya masih perlu bersaing merebut tempatnya.

“Wallace nampak kebolehan saya dan bagi peluang untuk menyertai sesi pemilihan. Tak salah untuk beliau panggil saya kerana ia akan mewujudkan persaingan antara penjaga go, sekali gus boleh memantapkan pasukan.

“Sekiranya terpilih, saya nak buat yang terbaik dan bantu Malaysia cipta sejarah sebab ini kali pertama Piala Dunia Hoki 5s dianjurkan. Saya perlu buktikan dahulu saya layak berada dalam pasukan,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia akan membuka kempen Piala Dunia Hoki 5s menentang Oman dan Amerika Syarikat pada 28 Januari ini sebelum melengkapkan aksi Kumpulan D bertemu Fiji keesokannya.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement