Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Kartunis ‘Anak-Anak Sidek’ Lepas Gian Lukis Watak Kartun Atas Beg Kertas


Kartunis ‘Anak-Anak Sidek’ Lepas Gian Lukis Watak Kartun Atas Beg Kertas

Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 90-an pasti sudah tidak asing dengan beberapa siri animasi seperti Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek, Ujang dan macam-macam lagi.

Dulu siri animasi ini adalah peneman kepada ramai kanak-kanak pada zaman sebelum kehadiran gajet pada masa kini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah siri animasi itu sehingga kini masih lagi diingati oleh mereka yang pernah menontonnya di kaca televisyen.

Setelah sekian lama, akhirnya kartunis animasi tersebut munculkan dirinya semula.

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @nordianaabuhassan yang juga merupakan isteri kepada kartunis tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kartunis yang bernama Mohd Razif itu merupakan tulang belakang dalam menghidupkan watak-watak komik yang popular tersebut.

Dalam perkongsian video tersebut, Mohd Razif dilihat sedang melukis watak karikatur kartun di atas beg kertas.

Beg kertas yang dilukis itu akan diberikan kepada pelanggan keropok lekornya yang bertuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau bersama isterinya telah menjalankan perniagaan keropok lekor di Sungai Cho, Rawang sejak tahun 2016 yang lalu.

Apa yang menarik perhatian adalah, Mohd Razif melukis kartun itu dengan penuh selamba dan hasilnya sangat cantik.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Selain lukisan kartun, dia juga sempat meninggalkan autografnya pada beg kertas bungkusan keropok lekor tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

“Beli keropok lekor pakej dapat ‘signature’ dari bekas kartunis Anak-anak Sidek dan Usop Sontorian,” tulis kapsyen di dalam video tersebut.

Menurut kapsyen muat naik video itu, Mohd Razif dikatakan sedang melepas gian nak melukis.

Justeru, dia telah memilih untuk melukis atas beg kertas bungkusan keropok lekor yang ada di kedainya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bila Tokey Keropok Lekor lepas gian nak melukis. Untung la siapa yang dapat ‘signature mahal’ ni,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai telah memberikan komen mereka yang mengimbau kembali nostalgia lama sewaktu zaman kanak-kanak.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terima kasih sebab menghabiskan duit tabung saya waktu kecik beli komik Anak-Anak Sidek. Dah boleh tidur lena dah tahu siapa pelukisnya,” tulis seorang netizen berseloroh.

“Nampak simple kan dia lukis, tapi bila aku cuba lukis balik hauk rupa kartun aku,” tulis seorang lagi netizen yang memuji hasil lukisan Mohd Razif itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Weii bestnyaa favourite kartun tu,” tulis seorang netizen yang mengimbas kembali memori lama.

@nordianaabuhassan

Bila Tokey Keropok Lekor lepas gian nk melukis.. Untung la siapa yg dpt ‘signature mahal’ ni 😂 #Kartunis #anak2sidek #usopsontorian

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok/@nordianaabuhassan

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement