Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Kartunis Terkenal Zunar Didakwa Blacklist Masuk Sarawak, Diberi Pas Tiga Hari Ke Kuching


Beliau muat naik satu hantaran di laman Facebooknya

Kartunis Terkenal Zunar Didakwa Blacklist Masuk Sarawak, Diberi Pas Tiga Hari Ke Kuching. Kartunis politik terkenal, Zulkiflee Anwar Ul Haque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mendakwa beliau telah disenaraihitamkan dan hampir dihalang daripada memasuki Kuching, Sarawak, tanpa sebarang alasan yang jelas.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya diberikan pas tiga hari selepas berunding dengan pegawai imigresen.

Zunar melaporkan kejadian tersebut melalui akaun Facebooknya, menyatakan bahawa beliau ditahan selama tiga jam di pejabat imigresen Kuching pada 8 Disember.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Kartunis Terkenal Zunar Didakwa Blacklist Masuk Sarawak Diberi Pas Tiga Hari Ke Kuching

“Saya dibenar masuk, tapi hanya 3 HARI SAJA.”

“Sampai di Imigresen Kuching, saya tidak dibenar masuk kerana nama saya blacklisted. Sebab apa? Tiada alasan specific diberi. Tiga jam ditahan di situ. Saya datang kerana dijemput untuk mengajar melukis.” katanya

“Setelah negosasi dengan pihak imigresen Kuching akhirnya saya dibenar masuk, tapi hanya 3 HARI SAJA. Terima kasih. Program bengkel melukis kartun asas berjalan seperti dijadual.”

Beliau telah terbang ke Kuching untuk menghadiri bengkel lukisan kartun di La Promenade Mall, yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 Disember 2023. Bagaimanapun, beliau tidak diberikan sebarang alasan yang munasabah atas senarai hitam tersebut.

Zunar memberitahu pihak media bahawa ketika dia bertanya kepada pegawai imigresen, mereka hanya menyatakan bahawa mereka mendapat arahan tanpa memberikan penjelasan yang lebih lanjut. Ini menjadi kejutan bagi Zunar kerana beliau tidak mengalami sebarang masalah ketika melawat Kuching pada lawatan terakhirnya pada tahun 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Hatrik Akram Afifi menerusi tiga sepakan penalti mengesahkan kejuaraan Piala Asia buat Qatar apabila menewaskan Jordan 3-1 di Stadium Lusail,...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Selamat hari jadi pada wanita terhebat ini.” Itu antara ucapan manis daripada pelakon, Aiman Hakim Ridza bersempena ulang tahun kelahiran...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar senada dengan pendapat dilontarkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan...

Advertisement